Tuesday, March 07, 2023

RUPANYA PERUNTUKAN PERSEKUTUAN BAGI PROJEK BAWAH RM50 JUTA BELUM DISALURKAN PADA SABAH

PENULIS terkejut apabila mendengar perbahasan ahli parlimen Putatan yang juga Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya di Dewan Rakyat ketika membahas Bajet Tahun 2023, bahawa peruntukan Persekutuan bagi projek bawah RM50juta belum disalurkan pada Sabah, kerana sebelum ini, peruntukan itu diletakkan di kementerian-kementerian berkaitan.

Pada perjumpaan bersama kakitangan Persekutuan dan negeri di SICC Kota Kinabalu baru-baru ini, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata, jika dahulu, Ketua Menteri bertanyakan pada kerajaan Persekutuan akan bila kah projek kendalian Persekutuan siap, namun pada kali ini, Perdana Menteri pula bertanya kepada Ketua Menteri, akan bila kah Projek-Projek Persekutuan akan siap.

Menerusi ucapan itu, telah menggambarkan bahawa mana-mana projek Persekutuan berkos bawah RM50 juta diurus dan diatur di Menara Kinabalu, seperti mana penulis kerap uar-uarkan sebelum ini.

Tujuan utama memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek Persekutuan bawah RM50 juta adalah untuk mengelak kelewatan, kerana terganggu oleh birokrasi.

Jika peruntukan tersebut masih dikuasai kementerian-kementerian terbabit, termasuk pengeluran Surat Setuju Terima (SST) dilaksanakan oleh kementerian terbabit, maka matlamat penurunan kuasa kepada Sabah tidak mencapai matlamat.

Berpandukan hujah ahli parlimen Putatan itu, kelewatan tetap berlaku,walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengiktraf Jabatan Kerjaraya Sabah sebagai Jabatan teknik.

Belum terlambat bagi Kerajaan Persekutuan bertindak, kerana semua itu, demi kemajuan dan pembangunan Sabah yang memangpun dinanti-nantikan sekian lama.

No comments:

Blog Archive