Wednesday, March 08, 2023

ADAT BERLAWAN: MUSUH KUAT LARI, MUSUH REHAT KACAU, MUSUH LEMAH SERANG

JIKA dikaitkan dengan politik tanah air, fasa sekarang, adalah fasa berehat, sebab itu kedengaran daripada mereka yang bukan kerajaan, mengatur berbagai kaedah/strategi ganguan/mengacau, termasuk membuat berbagai andaian/tuduhan.

Mereka yang bukan kerajaan, yang  disebut pembangkang, tiada tugas lain melainkan mengatur/menyusun berbagai cara agar kerajaan kelihatan lemah atau banyak kekurangan di mata rakyat.

Omong kosong, jika mereka yang melawan kerajaan turut gembira bila mana banyak pelabur melabur, banyak peluang pekerjaan atau aktiviti ekonomi, kerana politik stabil, kerana semua faktor ini menyebabkan sokongan pada mereka melemah. Jika lemah, apa matlamat mereka lagi berpolitik dan masuk gelanggang semasa pilihan raya?.

Kerajaan kena sedar strategi pembangkang, kerana itu, perlu ada pasukan atau penyanggah untuk memberi berbagai jawapan, ulasan agar rakyat tidak termakan isu-isu negatif yang dibangkitkan.

Pembangkang selain membangkitkan berbagai isu untuk menggambarkan kelemahan kerajaan, mereka juga akan sentiasa mengambil pendekatan perang dingin, akan mengambil alih kerajaan, termasuk bukan menerusi pilihan raya.

Pembangkang pandai memanfaatkan perbezaan pendapat pemimpin dikalangan kerajaan, agar para pemimpin tersebut terus berbalah, dan akhirnya, berpisah. Apabila berpisah, maka peluang bagi mereka mengambil alih.

Strategi terbaharu pembangkang, apabila pada 6 Januari dapat mengheret penyokong kerajaan bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan negeri Sabah.

Apabila gagal, mereka mengubah strategi, dengan membuat dakwaan, bahawa parti yang menunjangi kerajaan negeri, adalah parti yang pertama belot, jika berlaku pergolakan politik di peringkat Persekutuan.

Cara-cara seperti ini, perlu dimaklumi kerajaan, atas sebab itu, adalah tindakan pantas Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga ADUN Apas merangkap Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri memberitahu rakyat berkaitan niat sebenar mereka.

Pembangkang tahu, bahawa kerajaan negeri mempunyai sokongan kuat, baik daripada wakil-wakil rakyat juga rakyat di peringkat akar umbi, atas sebab itu, mereka perlu berbuat sesuatu untuk membangun persepsi negatif pada kerajaan.

No comments:

Blog Archive