Tuesday, March 07, 2023

PRU-15: JUMLAH UNDI WARISAN TINGGI BERBANDING PARTI LAIN?

KETUA Penerangan Parti Warisan- Datuk Aziz Jamman cuba mengelirukan rakyat apabila berkata jumlah undi atau peratus undi Parti Warisan lebih tinggi berbanding parti lain pada PRU-15.

Pada PRU-15, Warisan yang bertanding 25 kerusi parlimen mengumpul 219,518 undi (24% daripada yang keluar mengundi 1,068,532), Pakatan Harapan (PH) yang juga meletakkan 25 calon mengumpul 294,676 (28%), manakala GRS dan BN 403,295 (38%).

Jika dilihat dari segi purata undi setiap parlimen Parti Warisan mendapat 10,381 undi, PH 11,787, manakala GRS-BN 16,132.

Aziz tidak boleh melihat undi GRS atau BN sahaja, kerana dua blok parti itu tidak saling bertembung, kerana bekerjasama semasa PRU tersebut,melainkan undi dua blok parti itu dikira sebagai satu entiti.

Bagaimana Aziz mengaku bahawa parti Warisan mendapat undi tertinggi, sedangkan data keputusan PRU tersebut menunjukkan sebaliknya.

Pada PRU itu, Warisan hanya menang 3 kerusi Parlimen, termasuk gagal mempertahankan 5 kawasan yang disandang parti itu, termasuk kekalahan Aziz di Parlimen Sepanggar.

Warisan adalah parti yang hanya syiok untuk bertanding, walaupun tidak berkeupayaan menang.

Kecenderungan pengundian pada PRU-15, menunjukkan dengan jelas kemerosotan sokongan rakyat pada parti, berbanding PRU-14. Lazimnya, di Sabah, jika sesebuah parti mengalami penurunan sokongan, maka masa depan parti itu semakin malap.

Menyedari, bahawa masa depan parti itu semakin malap, maka 11 wakil rakyat parti itu bersama dengan pengikut masing-masing keluar parti.

No comments:

Blog Archive