Monday, March 06, 2023

PEMILIHAN UMNO: TIADA PEMIMPIN UMNO SABAH TANDING TOP5

SABAH adalah negeri yang teramai ahli Umno di seluruh negara, akan tetapi tiada seorang pemimpin pun daripada negeri itu menawarkan diri merebut jawatan TOP5.

Tidak seperti Negeri Johor, walaupun dikedudukkan ke-2 terbanyak daripada segi keahlian, tiga pemimpin menawarkan diri merebut jawatan TOP5.

Selepas Datuk Shafie Apdal keluar daripada parti itu dengan jawatan terakhir sebagai Naib Presiden, tiada lagi pemimpin Sabah menawarkan diri bertanding untuk jawatan tersebut.

Pada pemilihan kali ini, pemimpin Umno Sabah hanya menawarkan diri bertanding bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Mereka yang menawarkan diri tersebut, selain Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Rahman Dahalan adalah Ghazali Ansing (Tawau), Datuk Mohammad Alamin (Kimanis), Datuk Asnol Ayub (Penampang) dan Datuk Rosnah Rahsid Shirlin (Papar).

Melihat mereka yang menawar diri merebut jawatan lebih bersifat peribadi atau lebih tertumpu pada kedudukan masing-masing untuk kekal relevan dalam kepemimpinan parti, jauh sekali untuk kepentingan parti, kecuali mungkin bagi Bung yang masih sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Penulis melihat, mereka yang menawarkan diri bertanding, jika terpilih, hanya mungkin sebagai jambatan penyambung antara Umno negeri dan pusat, kerana mereka ini bukan figura yang boleh menjadi katalis kebangkitan parti.

Apa kah pemimpin Umno negeri yang dianggap otai tidak tampil pada pemilihan parti pada kali ini sudah merasakan, kebangkitan parti itu sudah dalam keadaan sukar, kesan pada perubahan senario politik negeri?

Senario politik Sabah semakin berubah, selain kesan PRU-15, yang mengwujudkan penjajaran baharu politik, juga kewujudan gabungan part-parti tempatan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

Sejak akhir-akhir ini, parti yang sangat terkesan dengan kewujudan GRS, dan kewujudan parti baharu yang juga komponen gabungan tersebut- Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) adalah parti Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal.

Umno juga terkesan dengan dilancarkannya Parti Gagasan Rakyat, walaupun tidak seperti penyokong/ahli parti Warisan yang menghibahkan tindakan keluar parti menerusi sidang akhbar, kerana bukan sedikit ahli/penyokong parti itu di peringkat akar umbi, memohon untuk menyertai parti yang dipimpin Hajiji tersebut.

Di Sabah, ada lah biasa, sesebuah parti ternampak wujud kerana masih ada pemimpin berjawatan parti, ada ahli dalam rekod, akan tetapi, bukan pilihan rakyat semasa pilihan raya.

Apa kah Umno Sabah akan mengikuti jejak Kedah, Selangor, Perlis, Kelantan, Terengganu, di atas kertas masih ramai ahli, akan tetapi tidak dapat diterjemahkan melalui kerusi semasa pilihan raya? Sama-sama kita nantikan kesudahannya pada PRN-17 Sabah akan datang.

No comments:

Blog Archive