Saturday, March 04, 2023

PARTI WARISAN DIRUNDUNG MALANG

BUKAN penyokong yang keluar daripada parti itu, melainkan pemimpin. Apabila parti ditinggalkan pemimpin, maka lambat laun parti itu akan terkubur.

Shafie menuding jari pada kerajaan, kononnya pemimpin/wakil rakyat parti meninggalkan parti kerana dibeli, dijanjikan berbagai habuan.

Semakin kerap Shafie mengulang, bahawa wakil rakyat parti keluar parti kerana dibeli, satu persatu dijawab oleh wakil rakyat parti itu dengan tindakan keluar parti.

Satu fenomena sedang berlaku dalam politik Sabah, suatu ketika Ketua Menteri –Datuk Seri Hajiji Haji Noor ditekan begitu hebat, termasuk penarikkan sokongan rakan sekutu dalam kerajaan pada 6 Januari lalu, sehingga nyaris-nyaris tumbang, akan tetapi hanya dalam tempoh dua bulan, telah bertukar pada sokongan kuasa 2/3 di DUN Sabah.

Tindakan pemimpin Parti Warisan bersengkongkol dengan Datuk Bung Moktar Radin untuk menjatuhkan kerajaan, telah membawa padah pada parti itu, apabila satu demi satu wakil rakyat parti itu keluar parti dan dengan sukarela menyokong kerajaan off the day negeri.

Para mantan wakil rakyat parti itu bukan sahaja menyokong kerajaan negeri, akan tetapi menyertai salah satu komponen parti dalam GRS.

Wakil-wakil rakyat keluar tersebut turut disertai para pemimpin peringkat akar umbi, sehingga menyebabkan bahagian-bahagian yang diwakili mereka lumpuh atau terbubar.

Penyertaan mereka dalam Gagasan rakyat, menyokong sambutan luarbiasa pada parti yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac itu.

Melihat senario yang berlaku dalam parti itu, tidak dapat dibendung, selepas 11 wakil keluar, akan disusuli yang lain, jika itu berlaku semakin dirundung malang lah parti berlambang perahu layar tersebut.

No comments:

Blog Archive