Tuesday, March 21, 2023

KATAKAN SAJA, KERAJAAN TIDAK MAMPU TURUNKAN KOS SARA HIDUP

LEBIH baik mengakui bahawa kerajaan tiada kemampuan menurunkan kos sara hidup, supaya rakyat tidak menunggu harap.

Kenaikkan kos sara hidup bukan disengajakan, akan tetapi kesan fenomena alam, apabila Pandemik Covid-19 menyerang dunia.

Serangan virus pembunuh itu melumpuhkan semua sektor termasuk rantaian makanan yang membabitkan manusia dan haiwan yang dikandangkan/direbankan.

Situasi diperburuk lagi apabila Russia menyerang Ukarine, maka semakin terkesan lah rantaian makanan terutama untuk haiwan.

Apabila manusia tidak dapat bekerja, maka kilang-kilang juga terpaksa bercuti, maka keluaran produk pun terhenti, termasuk makanan atau pangan untuk haiwan.

Dalam hukum ekonomi, apabila penawaran sedikit berbanding permintaan, maka harga push ke atas. Dalam keadaan ini, rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatkan kuantiti yang sama.

Masalah yang dihadapi rakyat terutama mereka yang rentan, adalah tambahan pendapatan. Oleh kerana tiadanya tambahan pendapatan, maka untuk mempertahankan kehidupan perlu mengurangkan kuantiti barangan keperluan harian. Ertinya, mereka makan semakin efisien, sangat kurangnya sisa makanan?.

Kadangkala kejadian fenomena alam juga baik sebagai pengajaran bagi manusia. Apabila fenomena alam memberi kesan pada makanan yang dimakan manusia, maka manusia semakin sedar betapa bernilainya makanan.

Sebelum Covid-19, setiap datangnya bulan ramadhan, sisa makanan harian purata 40 ton sehari termasuk daripada bazar-bazar ramadhan.

Apa kah kerana kos sara hidup meningkat, maka cara makan pun semakin efisien, maka sisa makanan berkurang, apa kah akan dibuktikan pada bulan ramadhan tahun ini? Jika sisa makanan menurun, maka membuktikan bahawa fenomena alam membantu manusia menghargai makanan.

Malangnya, hanya 40% sahaja rakyat negara ini, mungkin mengamalkan makan dengan efiseien, manakala 60% lagi tidak. Kalau diamati di laman-laman sosial, mereka yang tergolong kayangan, pada majlis-majlis makanan, terdapatnya hidangan yang kelihatan “berlebihan”, kalau dinisbahkan antara porsi makanan bagi golongan 40%, nisbah makanan yang disediakan untuk golongan kayangan mewakili 70% kuantiti, tidak diambilkira lagi daripada segi kualiti dan jenis hidangan.

Kesenjangan ini lah yang menyebabkan, mengapa kos sara hidup itu, apabila mengalami peningkatan, tiada cara lagi menurunkannnya atau dengan kata lain, apabila harga barang meningkat, jangan harap harga barang itu akan turun, kecuali barang rosak atau basi, seperti mana sesikat pisang (gambar pada artikel ini) yang penulis beli dengan harga RM2, walaupun tag harga RM5.50, tetapi, tidak dapat dimakan, kerana pisang ini, pisang mentah yang diperam.

No comments:

Blog Archive