Wednesday, March 22, 2023

SELEPAS TIADA KUASA BARU INGAT BANGSA SENDIRI

BUKAN saja parti, pemimpin juga daripada kaum melayu yang menerajui negara sejak merdeka, dan hilang kuasa pada PRU-14.

Terfikir soal melayu apabila diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), itupun pelaksanaannya seperti melepas batuk di tangga.

Melayu itu pemalas, tidak pandai berniaga. Atas sebab itu jangan dengki pada bangsa lain yang berjaya. Ini lah cap ditampal pada dahi kaum melayu.

Oleh kerana melayu ada cap di dahi ( pemalas dan tidak pandai berniaga), maka apabila anak-anak melayu mahu mencebur diri dalam bidang perniagaan, tidak mudah lepas, kerana sistem yang berlapis-lapis, termasuk sukar mendapat pinjaman pembiayaan daripada bank.

Jika pun ada anak-anak melayu menjadi peniaga, mereka itu, golongan “handpick” dipaksa berniaga, untuk menyalurkan berbagai peruntukan kerajaan. Pengakhirannya mereka ini bukan membina empayer untuk membantu kaum melayu, akan tetapi untuk diri sendiri dan suku sakat.

Lebih setengah abad, kaedah demikian digunapakai, termasuk era 22 tahun, Tun Dr Mahathir Perdana Menteri.

Kaum melayu apabila berkuasa cenderung lupa diri, dan hanya rindu kuasa apabila hilang kuasa, seperti mana tindakan segelintir pemimpin melayu yang diketuai Tun pada Ahad lalu membaca proklamsi melayu yang berisi 12 butiran, yang kesemuanya menandakan pengakuan pada kegagalan pemimpin melayu, terutama Tun sendiri.

Penulis tidak pelik pada tindakan Tun membaca proklamsi itu, sebagai pengakuan sebenar pada kepimpinan melayu, iaitu apabila berkuasa terlupa pada perjuangan asal, sebaliknya mengubah perjuangan pada pendekatan baharu.

Sebenarnya, tidak sedikit kaum melayu berkebolehan, akan tetapi, tidak diberi peluang, kerana mereka ini, bukan dalam sistem atau di luar lingkaran kepimpinan.

Mereka yang berada dalam sistem/lingkaran, ada lah para pembodek, selain menjadi pagar pada pemimpin, agar pemimpin, tidak mendapat suntikan pendapat/pemikiran baharu. Keadaan ini lah yang berlaku pada kepimpinan negara berdekad-dekad, dan akhirnya, pengamalnya dipanjangkan umur, lalu mengakuinya secara terbuka.

Bukan mudah mengejar masa/ketinggalan. Lebih 50 tahun bukan masa singkat. Sementara bangsa lain bukan sahaja menghampiri garis penamat, malah ramai sungguh yang telah melepasinya,manakala kaum melayu, hanya pada peringkat memanaskan badan, belum lagi sampai ke garis permulaan.

Betul, ramai-ramai anak-anak melayu berpendidikan/berkelayakan, akan tetapi, mereka ini tidak diberi peluang, kerana pemimpin melayu yang ada kuasa juga, ramai suku sakat mempunyai kelayakan, maka mereka ini lah diberi peluang terlebih dahulu. Jika ada pun yang mendapat peluang bukan dalam lingkaran ini, kerana mereka ini, mempuyai kesanggupan menjadi budak suruhan.

Tidak perlu jauh-jauh, lihat saja agensi/syarikat/badan-badan berkanun, siapa jadi pemimpin, maka organisasi “Top-Down” daripada suku/bangsa yang sama, malah saling terkait persaudaran.

Apabila nanti, kehilangan kuasa, maka apabila meneropong secara umum/keseluruhan, maka sangat ketara kegagalan, sebab itu lah timbulnya proklamsi yang dibacakan Tun Dr Mahathir pada Ahad, 13 Mac 2023 iaitu:- 1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini.Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang; 2. Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka; 3. Nasib orang melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka; 4.Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri; 5. Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa, dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri; 6. Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu; 7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka; 8.Masa depan melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka; 9.Pemulihan Bangsa Melayu hanya akan berjaya jika mereka kembali bersatu; 10. Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajiban dan bukannya perkaman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan; 11. Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri; 12. Bertautlah semual demi Agama, Bangsa dan Negara.

No comments:

Blog Archive