Wednesday, March 22, 2023

RAMADAN: MAMPUKAH UMAT ISLAM MENGELAK PEMBAZIRAN UNTUK SEBULAN?

TATKALA kita menginjak usia kanak-kanak, kita sering kali diingatkan antara tujuan berpuasa pada bulan Ramadan adalah untuk merasai apa yang dialami oleh mereka yang fakir dan miskin.

Tidak kurang juga, selalu diingatkan kepada kita bahawa berpuasa adalah untuk mengenangkan kesusahan orang yang tidak berkemampuan.

Apa kah ingatan semasa kecil ini masih menjadi pedoman?

Jika melihat setiap kali bulan Ramadan atau menjelang hariraya, seolah-olah pesanan itu bukan sahaja pudar, malah tidak diambilkira lagi. Kerana demikian, maka sisa makanan meningkat setiap kali bulan suci itu menjelma.

Berpandangan setiap bulan suci itu menjelma, maka pembaziran makanan berlaku, seolah-olah menyalahkan bulan itu. Pada hakikatnya bukan bulan suci itu yang menyebabkan pembaziran, sebaliknya manusia lah penyebabnya, kerana lupa, maksud berpuasa itu adalah ibadah.

Kerana terlupa dengan maksud ibadah itu, maka manusa tanpa sedar, ada yang menunjuk-nunjuk juadah makanan untuk berbuka, yang sangat mengiorkan, akan tetapi hanya boleh dinikmati oleh golongan kayangan.

Tidak salah membuat promosi, kerana itu lah kaedah terbaik bagi memasarkan produk, akan tetapi, promosi berlebihan, tidak sesuai dengan makud berpuasa itu sendiri.

Oleh kerana mereka yang menjual juadah sedemikian, berbekalkan sijil HALAL JAKIM, tidak terikat pada siapa pemilik, yang mustahak, juadah mendapat sambutan, dan keuntungan dapat dirai.

Lagi pun di negara kita, tidak semestinya orang yang mengamalkan agama islam sahaja yang turut sama menikmati juadah sedemikian, melainkan rentas bangsa dan agama.

Kerana demikian keadaannya, maka terpulang pada mereka yang beragama islam memahami natizah berpuasa dan bulan suci, agar tidak termasuk pada golongan yang membazir, dengan memahai erti sebenar berpuasa- bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, akan tetapi ingin merasai apa yang dirasa oleh fakir, miskin dan yang tidak berkemampuan. Bukannya lamapun, hanya sebulan!!!.

No comments:

Blog Archive