Sunday, February 19, 2023

SABAH: DI SEBALIK PARTI TEMPATAN DAN KERAJAAN

ADA pihak yang tidak dapat membezakan antara kedudukan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai parti dan kerajaan negeri.

Pihak-pihak tertentu tersebut memperlekeh kedudukan GRS sebagai parti tempatan dan menghubungkannya dengan bentuk kerajaan negeri yang merupakan kerajaan campuran antara parti tempatan dan nasional.

Pihak-pihak tertentu ini, cuba mempraktikkan politik sempit, bahawa GRS itu gagal mengekalkan status lokal/tempatan, atas sebab kerajaan yang diterajui dianggotai wakil rakyat parti nasional.

Pembaca atau rakyat luar sana perlu memahami, sesebuah kerajaan yang dibentuk oleh parti atau parti-parti yang mempunyai kerusi lebih 50%. Atas sebab itu, lazimnya, mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak perlu menjemput atau mendapat sokongan daripada parti-parti kecil untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan, iaitu jumlah kerusi di atas 50% atau majoriti mudah.

Berkaitan dengan parti GRS, hakikatnya, parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan campuran GRS-BN yang diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRN-16 untuk menjadi kerajaan.

Bagai mana kah pihak-pihak tertentu itu (penyokong parti Warisan) mempersoal kedudukan GRS dengan dakwaan kerana kononnya GRS 100% parti tempatan/lokal, maka 100% memutuskan hubungan dengan parti nasional.

Faktanya, Parti Warisan lah semasa awal penubuhannya bermisi menghalau keluar parti nasional daripada bumi Sabah, dengan motto, Sabah untuk Sabahan, sedangkan GRS jauh berbeza dengan pendekatan parti yang dipimpin Shafie Apdal tersebut.

GRS adalah parti tempatan yang memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah berpaksi pada Perlembangaan Negera, berpaksi pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan tentunya untuk mencapai hasrat tersebut perlu kerjasama parti-parti lain termasuk parti nasional.

GRS bersifat terbuka, dan menyerahkan sepenuhnya pada keputusan Rakyat Sabah, dan tentunya melalui pilihan raya, apa kah parti itu akan menjadi parti dominan yang boleh membentuk kerajaan secara bersendirian, atau mengekalkan status quo, bahawa kerajaan yang dibentuk terus ditunjangi parti itu dengan sokongan parti nasional, iaitu kerajaan campuran parti tempatan dan nasional.

Keutamaan GRS adalah menentukan halatuju negeri,menjaga rakyat dan negeri dengan sokongan rakan-rakan lain termasuk pemimpin nasional, iaitu, sebarang keputusan berkaitan hal ehwal negeri hanya diputuskan di Menara Kinabalu, bukannya di Putrajaya, tujuannya untuk mempermudah semua urusan, dengan memperpendek birokrasi.

Salah satu contoh pendekatan tersebut, adalah, pelakasanaan projek-projek Persekutuan di Sabah bawah RM50 juta, tidak perlu lagi diputuskan di Putrajaya, melainkan hanya di Menara Kinabalu.

Juga kawal selia gas dan tenaga, tidak lagi diputuskan oleh Putrajaya,melainkan oleh Menara Kinabalu.

Isu-isu tersebut lah, antara perjuangan GRS, sebagai gambaran atau mewakili majoriti rakyat Sabah.

GRS dan Parti Warisan ibarat langit dan bumi, kerana parti Warisan bersandar pada nafsu, bukannya bersandar kepada keupayaan atau kebolehan.

Terbukti pada masa-masa akhir ini, parti Warisan bukan sahaja ditinggalkan oleh para wakil rakyat parti itu, akan tetapi juga pemimpin peringkat akar umbi, sebagai contoh, tindakan Ketua Wanita parti itu bagi Parlimen Kota Belud, Ranau dan Pensiangan yang keluar parti, dengan sebab yang seragam,hilang kepercayaan pada pucuk pimpanan parti,kerana halatuju parti telah menyimpang jauh daripada tujuan asal.

No comments:

Blog Archive