DATUK Shafie Apdal cuba menutup kelemahan kepimpinan beliau, dengan membuat tuduhan wakil rakyat parti beliau keluar parti kerana dibeli Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Ini lah masalahnya jika seseorang pemimpin boleh nampak kuman di seberang laut, akan tetapi tidak nampak gajah dibibir mata.
Shafie meletakkan kelemahan sendiri pada orang lain, umpama tidak tahu menari dikatakan lantai jongkar balik.
Secara tidak langsung, pada Rabu di Dewan Rakyat, Shafie mengaku kelemahan kepimpinan beliau, apabila mengatakan akan ramai lagi wakil rakyat parti beliau keluar parti.
Dakwaan di parlimen mempunyai imuniti, dan tidak boleh diambil tindakan untuk di bawa ke mahkamah. Jika Shafie mempunyai bukti kukuh, bahawa wakil rakyat parti beliau dibeli, sila ulangi di luar parlimen, dan jika beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab, maka sila lapor pada SPRM.
Salah seorang ADUN Parti Warisan yang keluar daripada parti itu, iaitu ADUN Kunak mencabar Presiden Warisan tersebut untuk membuat laporan ke SPRM, jika beliau mempunyai bukti adanya urusan jual beli.
Setakat ini 7 ADUN parti Warisan keluar daripada parti itu, atas sebab telah bosan dengan tindak tanduk pemimpin utama parti itu, termasuk Presiden, kerana tahu mencipta ketidak stabilan dalam politik negeri.
Tindak tanduk Shafie memporak perandakan politik Sabah bermula pada Mei 2018, apabila berjaya mengheret 4 ADUN Umno menyokong beliau untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpian Tan Sri Musa Aman.
Tindakan yang sama digerakan selepas PRN-16 Sabah dengan cuba mempengaruhi Parti PBS menyokong beliau menjadi Ketua Menteri.
Gerakan terbaharu Shafie apabila berjaya mengheret 13 ADUN Umno yang diketuai Datuk Bung Moktar Radin, dan 3 ADUN PKDM yang diketuai Datuk Peter Anthony cuba menumbangkan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Sabah pada 6 Januari lalu.
Kesannya, 13 wakil rakyat Umno/BN tersebut terpaksa menggunakan khidmat pemimpin Persekutuan untuk berbaik-baik dengan kerajaan negeri, kerana mereka terperangkap dengan keputusan BN Pusat yang menyokong Kerajaan Negeri yang dipimpin Hajiji sebagai Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment