Tuesday, February 14, 2023

MASALAH AIR KAWASAN KOTA KINABALU: APA KAH JAS TIDAK CUKUP KAKITANGAN ATAU MEMANG TIADA AIR?

JABATAN AIR NEGERI SABAH (JAS) tidak wajar prolong masalah air yang berpanjangan di kawasan Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Jika memang jabatan itu tidak cukup kakitangan, maka jangan berpeluk tubuh, sebaiknya beritahu kerajaan negeri masalah yang dihadapi. Akan tetapi, jika, masalah bukan isu kakitangan yang tidak cukup, akan tetapi masalah kerana memang TIADA AIR, juga tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya perlu mencari jalan atau alternatif, supaya kemudahan asas itu tidak menyebabkan rakyat tertekan.

Setiap manusia termasuk juga kakitangan jabatan itu, memerlukan air, atas sebab itu, air dikategorikan sebagai kemudahan asas.

Manusia mana boleh bertahan, dalam seminggu, tidak sampai sejam air keluar daripada tap, belumpun tempat penampungan penuh, air terputus, dan perlu menunggu sekurang-kurangnya 48 jam, berulang keadaan yang sama.

Kalau dikatakan sumber air tiada, negeri Sabah bukan Gurun Sahara? Negeri ini, sepanjang tahun hujan turun. Sumber air bukan sahaja daripada hujan, air tanah juga tersedia.

Di mana kah silapnya? Sehingga masalah air berpanjangan!!! Pihak yang diberi tanggungjawab kena berbuat sesuatu.

No comments:

Blog Archive