Wednesday, February 22, 2023

KINI GRS MENJADI PARTI DOMINAN DI DUN SABAH

KEDUDUKAN jumlah kerusi bagi sesebuah parti, tidak selalunya ditentukan menerusi pilihan raya, ianya juga "boleh" diluar pilihan raya.

Dengan perkembangan baharu politik Sabah, kini di DUN Sabah, Parti GRS telah menjadi menjadi parti dominan dengan 39 ADUN daripada 79.

Jumlah 39 ADUN tersebut menjadikan jumlah kerusi yang menyokong kerajaan kepada 52, termasuk 7 PH, 3 PKDM, 1 Umno , 1 PHRS dan 1 Pas.

Untuk mendapatkan sokongan 2/3, maka kerajaan memerlukan seorang lagi ADUN atau ADUN mesra kerajaan, untuk keperluan meluluskan perubahan Perlembagaan Negeri, seperti Undang-Undang Anti Lompat atau mengembalikan tempoh masa TYT Sabah ke 2 penggal.

Berasaskan perkembangan terbaharu ini, kerajaan dapat berfungsi dengan baik sehingga tamat penggal, kerana dapat mengelak pergolakan politik termasuk gerakan menumbangkan kerajaan seperti mana berlaku pada 6 Januari lalu, yang digerakan oleh Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Shafie Apdal.

Perubahan kedudukan di DUN Sabah, mendapat kritikan pedas daripada Bung Moktar, apabila menyifatkan tindakan mereka yang beralih platform parti untuk meneruskan perjuangan politik sebagai monyet.

Sehubungan dengan itu, MP Kinabatangan tersebut, menyamakan keadaan semasa era Berjaya, sebelum PRN tahun 1985 mempunyai 43 kerusi daripada 48 kerusi DUN, akan tetapi berakhir hanya 5 kerusi selepas pilihan raya negeri.

Senario politik Sabah kini tidak boleh di samakan dengan keadaan pada era Berjaya, kerana sentimen rakyat Sabah masa kini ibarat langit dan bumi dengan era tersebut.

Sentimen rakyat Sabah pada masa kini, ada lah kestabilan politik, selain melihat parti dan pemimpin yang membawa aspirasi mereka membela hak-hak mereka dalam Persekutuan Malaysia.

Secara umum, mood rakyat Sabah ada lah menyokong kerajaan dan pemimpin Sabah ketika ini, seperti mana dikongsikan majoriti ADUN.

Betul di atas kertas, Umno adalah parti terbesar di Sabah berasaskan jumlah keahlian, akan tetapi, tidak semestinya diterjemahkan menerusi undi pada pilihan raya, kerana fakta ditunjukan pada PRU-14, PRN-16 dan PRU-15.

Penulis melihat tindakan 5 ADUN Umno yang keluar parti dan menyertai GRS dengan menjadi ahli parti Gagasan Rakyat, sebuah komponen GRS, adalah tepat, sesuai dengan kecenderungan rakyat Sabah.

No comments:

Blog Archive