SELEPAS 3 ADUN parti PKDM, dan disusuli ADUN Balung daripada Umno, maka kini Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri mempunyai sokongan 51 daripada 79. Jumlah 51 sokongan memerlukan 2 ADUN lagi untuk sokongan kuasa 2/3.
Nampaknya, kestabilan politik negeri semakin kukuh, selepas bergoyang pada 6 Januari, apabila ada gerakkan mengulingkan kerajaan negeri.
Hajiji dan Kerajaan Sabah pada 10 Januari telah membuktikan keabsahan sebagai kerajaan menerusi Sidang Khas Dun Sabah, dengan sokongan 44 ADUN.
Sokongan tersebut bertambah 3 lagi pada 13 Februari daripada mantan ADUN Parti Warisan, dan pada Selasa, bertambah 4 lagi.
Sidang DUN Sabah pada Mac dijangka membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat, dan RUU tersebut memerlukan sokongan 2/3.
Pada hari di Kota Kinabalu, 5 ADUN Umno dan 3 ADUN Bebas secara rasmi menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS),menerusi satu sidang media yang dibacakan oleh ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yaakub mewakili para ADUN tersebut.
Antara 6 ADUN Umno yang menyokong Kerajaan Negeri, hanya ADUN Tanjong Keramat dan MP Putatan yang juga Timbalan Ketua Menteri III, masih kekal dengan Umno, kerana terhalang Undang-Undang Anti Lompat.
No comments:
Post a Comment