Wednesday, February 22, 2023

DINAMIKNYA POLITIK SABAH

BEGITU dinamiknya politik Sabah, walaupun hanya membabitkan 79 ADUN, kadangkala, penulis berhadapan kesulitan menyeneraikan jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti.

Sangat pantas berubah jumlah kerusi setiap parti, yang mana pada satu ketika, kerajaan hampir tumbang kerana terancam kekurangan kerusi majoriti, tetapi gradually bertukar menjadi sebuah kerajaan kukuh dan kini mendekati kerajaan dengan sokongan kuasa 2/3.

Berasaskan perubahan jumlah kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menjadi parti dominan, dan parti komponen gabungan tersebut, Parti Gagasan Rakyat yang dipimpin Ketua Menteri adalah komponen terbesar.

Hasrat GRS menjadi parti dominan di Sabah di atas kertas telah menjadi kenyataan, dan akan dibuktikan pada PRN-17 akan datang.

Berpandukan pada senario semasa, lawan utama GRS tidak mengambilkira pada parti-parti yang menyokong Kerajaan Persekutuan ada lah Warisan dan tentunya Perikatan Nasional (PN) jika tidak berlaku perubahan pada Umno, maka termasuk juga parti itu.

Di Sabah ada lah perkara biasa, parti-parti berlawanan di peringkat negeri walaupun saling bekerjasama di peringkat Persekutuan.

Menurut pandangan penulis selagi kepimpinan Umno di peringkat negeri, dipimpin Datuk Bung Moktar Radin, adalah sukar wujudnya kesepakatan antara parti itu dengan GRS, kerana faktor kepercayaan.

Jika tiada perubahan kepimpinan Umno Sabah sehingga PRN-17, kemungkinan besar, parti itu akan bertembung dengan GRS.

Jika agihan kerusi (walaupun masih terlalu awal untuk dibicarakan) berpandukan pada kerusi-kerusi yang menyokong kerajaan, maka akan berlaku status quo bagi masing-masing parti, dan akan ditentukan parti-parti mana bertanding di kawasan-kawasan yang disandang Parti Warisan dan Umno.

Pada PRN-17 Sabah, akan tersenarai kerusi-kerusi panas, antaranya Dun Tempasuk, Usukan, Tanjung Keramat, Pantai Manis, Sugut, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Lamag, Sukau, Balung, Tanjung Batu; antara calon-calon Umno dan GRS, manakala antara GRS-Warisan, di Dun Bongawan, Gum-Gum, Sekong, Tungku, Segama, Silam, Kunak, Kukusan, Merotai dan Sebatik.

Pada PRN-17 negeri lah akan ditentukan parti dominan di Sabah, apa kah akan dapat mencontohi GPS-Sarawak.

Penulis meramalkan, jika Datuk Seri Hajiji Haji Noor kekal mengetuai GRS, hasrat parti itu menjadi parti dominan di Sabah akan terealisasi.

Sama-sama kita nantikan momen itu, yang akan berlaku pada suku ke-4 tahun 2025.

No comments:

Blog Archive