Thursday, February 23, 2023

HAJIJI PERKUKUH KEDUDUKAN DEMI RAKYAT DAN NEGERI

DI MATA dua pemimpin Sabah yang gagal menggulingkan Datuk Hajiji Haji Noor daripada jawatan Ketua Menteri, Ketua Menteri itu memperkukuh kedudukan untuk mengekalkan kuasa.

Salah seorang pemimpin itu mendakwa sokongan yang diberikan pada Hajiji, kerana mereka dibeli, manakala yang seorang lagi memanggil mereka yang keluar parti dan menyokong Ketua Menteri  sebagai monyet.

Mereka sebenarnya cemburu, selain cuba bermain politik murahan, atas sebab, Hajiji memperkukuh kedudukan, agar fungsi beliau sebagai Ketua Menteri tidak tergugat, untuk merealisasikan misi membela rakyat dan memajukan negeri.

Pencapaian kerajaan negeri sejak Hajiji mengambil alih jawatan Ketua Menteri, ada lah daripada kutipan hasil negeri yang mencecah hampir RM7 bilion pada tahun 2022, kutipan tertinggi sejak merdeka.

Pada Rabu, satu lagi pencapaian Kerajaan Negeri, hasil kedudukan Ketua Menteri yang kukuh, apabila pemeterian Heads of Agreement (HoA) antara SMJ Sdn Bhd (SMJSB) dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) yang membuka jalan untuk potensi pemerolehan sebanyak 50% kepentingan penyertaan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Samarang (Samarang PSC).

Samarang PSC mempunyai tujuh medan pengeluaran minyak dan gas sedia ada iaitu Samarang, Samarang Kechil, Sumandak, Zuhal, Alab, Erb West dan Kinarut serta dua terminal penerima gas di Kota Kinabalu dan Pulau Labuan.

SMJSB akan menerima 50 peratus kelayakan rakan kongsi daripada pengeluaran minyak dan gas lebih kurang 36 ribu tong bersamaan minyak sehari (kboe/d) dan akan menjadi 50 peratus penjual bersama gas asli kepada pelanggan gas sedia ada di Kota Kinabalu dan Labuan.

Penandatangan HoA dan Potensi Pemerolehan 50 peratus kepentingan peserta dalam Samarang PSC akan menjadi perkembangan kedua penting selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri pada 7 Disember 2021.

Menerusi kedudukan yang kukuh, maka dapat menumpukan masa membela dan memajukan rakyat dan negeri, kerana tidak perlu lagi berfikir, apabila bangun daripada tidur telah hilang kuasa dan jawatan.

Pada keadaan kedudukan Ketua Menteri yang kukuh gerakan yang gagal pada 6 Januari tidak berulang lagi.

No comments:

Blog Archive