Monday, January 30, 2023

PERGOLAKAN DALAM UMNO MENGUNTUNGKAN SIAPA?

BAGI kaum melayu, pergolakan dalam Umno tidak lagi merugi kaum itu, kerana adanya parti alternatif bagi kaum itu, iaitu Perikatan Nasional (PN).

Sebelum wujudnya PN, kaum melayu agak bimbang, kerana belum adanya parti alternatif. Kaum itu sudah membuktikan menerusi PRU-15, bahawa pilihan mereka adalah PN, atas sebab itu, di Semenanjung, 71 kawasan majoriti kaum itu dimenangi PN.

Negeri-negeri majoriti melayu seperti Perlis,Kedah, Kelantan dan Terengganu, kaum itu sudah memutuskan, bahawa pilihan mereka adalah PN.

Bagi kaum melayu, apapun yang berlaku dalam parti Umno tidak lagi meruncingkan mereka, malah menganggapnya, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Di Semenanjung pada PRU-15, daripada 165 kerusi, kekuatan PH dan PN adalah seimbang, masing-masing dengan 71 kerusi. 23 kerusi dimenangi BN, 20 daripadanya daripada Umno.

Jika kaum melayu menolak sepenuhnya Umno, 20 kerusi yang dimenangi parti itu akan ditawan PN, dan akan menjadikannya parti terbesar di Semenanjung, dengan 91 kerusi.

Jika senario sedemikian berlaku, maka terwujudlah sistem dua parti di Semenanjung, dan bergantung pada parti-parti di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti.

Melihat pola pengundi di kawasan majoriti kaum melayu, tiada satupun kerusi Umno selamat, apa tah lagi adanya pemecatan/penggantungan pemimpin parti itu.

Berhadapan 6 PRN tahun ini, yang membabitkan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kaum melayu akan memperlihatkan/membuktikan sekali lagi, bahawa kaum itu sudah beralih arah.

Jika lah pola pengundian kaum itu seperti pada PRU-15 berulang, maka penguasaan PH di Negeri Sembilan, Selangor, malah Pulau Pinang akan tergugat.

Dalam keadaan yang sedang berlaku dalam Umno, terlalu sukar menembusi Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Harapan PH untuk mendapatkan sokongan kaum melayu dengan bantuan Umno, tidak akan tercapai, malah PH berhadapan keadaan seperti mendokong biawak hidup.

Penulis melihat, pergolakan dalam parti Umno, memberi keuntungan pada PN.

No comments:

Blog Archive