Monday, January 30, 2023

CABARAN UTAMA PEMIMPIN SABAH

CABARAN utama para pemimpin Sabah  apabila susah sangat untuk bersatu.

Badik pepatah cina, sebuah gunung tidak boleh ada dua ekor harimau benar-benar berlaku.

Semasa pelancaran GRS Sabah pada tahun lepas, Ketua Menteri dalam isi ucapannya menyeru semua pemimpin negeri bergerak ke hadapan, dengan memupuk kerjasama, demi kemakmuran rakyat dan negeri.

Malangnya tidak sampai setahun, pemimpin yang berhasrat agar semua pemimpin bersatu hati dan bekerjasama, terpaksa mengharungi detik-detik cemas, apabila cuba digulingkan daripada kedudukan.

Perpecahan pemimpin Sabah bermula selepas PRU-13, kerana ada pemimpin Sabah melihat, bahawa akan berlaku perubahan senario politik di Semenanjung, kerana berlakunya tsunami kaum cina pada PRU tersebut dan dijangka akan juga berlaku tsunami kaum melayu ekoran tindakan pemecatan/penggantungan beberapa pemimpin Umno termasuk pemimpin Umno Sabah.

Benar juga, tsunami kaum cina pada PRU-13 itu hanya terasa di Sabah pada PRU-14, apabila tiada satu kerusipun majoriti kaum cina dimenangi BN.

Juga kesan perpecahan pemimpin Umno, maka BN Sabah gagal mendapat kerusi majoriti mudah.

Bibit-bibit perpecahan itu berlarutan sehingga kini, walaupun perpecahan itu cuba dipulihkan menerusi PRN-16, apabila sebahagian besar mantan-mantan pemimpin BN, berkerjasama dengan BN untuk melumpuhkan parti yang dipimpin mantan pemimpin Umno/BN- Parti Warisan.

Feud antara mantan-mantan pemimpin Umno/BN dengan mereka yang kekal dalam parti itu berterusan, walaupun rakyat Sabah memberi isyarat bahawa mereka perlu bertaut semula pada PRN-16 Sabah, apabila memberi mandat pada dua blok tersebut secara bersama, menerusi, tiada blok yang boleh membentuk kerajaan melainkan perlu sokong menyokong antara satu sama lain.

Kerjasama antara dua blok tersebut, semacam semakin kukuh, apabila bekerjasama berhadapan dengan PRU-15.

Mungkin, kerana berlaku senario politik yang baharu pasca PRU-15, rupanya kerjasama yang nampak kukuh tersebut, hanya “sandiwara” apabila berlaku gerakan menggulingkan kawan sendiri, termasuk menumbangkan kerajaan yang dibina bersama, dengan berpakat dengan parti lawan.

Pada hakikatnya, kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat pada PRN-16 Sabah, sedang dalam proses ‘adjust” sesuai dengan senario politik baharu tanah air, akan tetapi belum pun sempat menyesuaikan diri, gerakan menumbangkan kepimpinan dilakukan.

Kesannya, tiada pilihan melainkan, perlu memperkemas pemerintahan termasuk merombak kabinet, agar fungsi kerajaan berjalan dengan baik, dengan hanya melibatkan mereka yang beraspirasi sama, berlandaskan hormat dan kepercayaan.

Jika dilihat secara teliti, Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor berada pada landasan betul, seperti mana ditunjukkan menerusi kutipan hasil negeri yang melonjak ke paras RM6.97 bilion pada tahun 2022, satu pencapaian luar biasa. Selain itu kemasukan pelaburan yang melepasi angka RM33 bilion juga satu rekod terbaharu negeri.

Berkaitan dengan isu-isu tertangguh seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebahagian besarnya telah direalisasi dan sedang peringkat pelaksaan.

Bayaran 40% hasil persekutuan di Sabah yang diterjemahkan dalam bentuk geran, telah meningkat ke RM260 juta bagi tahun 2023, dan akan dijangka meningkat lagi menjelang tahun 2026, apabila formula pengiraan dimuktamadkan.

No comments:

Blog Archive