Saturday, January 14, 2023

KERAJAAN SABAH TERUS MEMPERKUKUH UCSF

SATU-SATUNYA universiti milik penuh Kerajaan Negeri Sabah University College Sabah Foundation (UCSF) diberi peruntukan tambahan RM10 iuta oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D).

Perkembangan universiti tersebut akan terus dipancu untuk melahirkan para graduan yang bersesuian untuk membantu memajukan negeri.

Sokongan kerajaan negeri semakin padu kerana Canselor perguruan tinggi tersebut adalah Ketua Menteri Sabah, manakala Pro Canselor ada lah Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Universiti milik negeri tersebut didaftarkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2014. UCSF adalah kolej universiti kategori IPTS. RM10 Juta Peruntukan Tambahan Bagi Pembangunan UCSF

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan penuh terhadap apa jua usaha pembangunan oleh universiti tunggal milik kerajaan negeri itu.

"Bagi memastikan UCSF terus cemerlang, peruntukan tambahan sebanyak RM5juta sebagai geran penyelidikan pembangunan Sabah, kursus dan latihan kepada penjawat awam serta belia, dan projek perintis bagi pengeluaran batik botanic UCSF.

"Manakala, RM5juta lagi adalah bagi cadangan penubuhan kursi akademik UCSF yang diberi nama Kursi Pembangunan Sabah UCSF.

"Kerajaan akan terus menyokong segala usaha UCSF dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan kecemerlangan institusi seterusnya menggerakkan transformasi pendidikan di negeri ini," kata beliau semasa berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Kedua UCSF 2023 di sini, pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Hajiji turut mendedahkan kerajaan negeri berjaya meraih hasil lebih RM6.6 bilion pada tahun 2022.

"Hasil yang dikutip ini merupakan prestasi terbaik kerajaan negeri selepas bersama membentuk Malaysia dan menjadi bukti kesungguhan kerajaan Sabah pada masa ini membangunkan negeri ini," tambah beliau.

Pada majlis berkenaan, seramai 456 graduan terdiri daripada graduan lepasan diploma dan ijazah sarjana muda menerima sijil masing-masing.

Turut disampaikan, Anugerah Tun Mustapha kepada pelajar Fakulti Sains Alam Semulajadi dan Kelestarian, Siaw Shing Pau Johnson Jenoven dan tujuh pelajar lain menerima Anugerah Naib Canselor.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Gulamhaidar Yusof Khan Bahadar merangkap Pro-Canselor UCSF dan Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris.

No comments:

Blog Archive