Wednesday, November 23, 2022

JIKA ANWAR PERDANA MENTERI- AKAN ADA PENJAJARAN BAHARU POLITIK NEGERI SABAH?

TIDAK dapat dinafikan, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10, akan memberi kesan politik pada kerajaan GRS-BN Sabah.

Indikasi atau isyarat tersebut telah dimulakan oleh Datuk Bung Moktar Radin, apabila menuduh GRS mengistiharkan perang terhadap Barisan Nasional kerana menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon PM-10.

Anwar bersama Pakatan Harapan memerlukan sokongan 30 MP BN untuk mendapatkan majoriti mudah.

Setakat ini, belum pasti pihak mana disokong BN, kerana terpaksa menunggu hasil pertemuan 4 mata, masing-masing MP dengan YDP Agong.

Selain BN merupkan harapan Anwar, Parti Warisan dan PBM dengan 4 kerusi juga sebahagian harapan MP Tambun tersebut untuk menamakan beliau sebagai calon PM-10.

Jika Anwar bakal mendapat sokongan majoriti, dan diperkenan dilantik sebagai PM-10, bermakna MP BN menyokong, termasuk juga parti Warisan.

Kesan Anwar sebagai Perdana Menteri pada kerajaan GRS-BN, adalah, jika Anwar disokong parti Warisan dan PH, maka dapat memberi impak signifikan pada kerajaan Sabah, atas sebab, jika ADUN Warisan dan Umno bergabung, mempunyai jumlah majoriti mudah membentuk kerajaan.

Jika berasaskan isyarat daripada Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, kebarangkalian penjajaran politik baharu bagi negeri Sabah akan berlaku, jika hanya jika Kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sama-Sama nantikan apa kesudahan semua permainan politik ini.

No comments:

Blog Archive