Wednesday, November 23, 2022

GPS KONSISTEN SOKONG MUHIYIDDIN CALON PM-10

PENDIRIAN Gabungan Parti Sarawak (GPS) konsisten menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin calon PM-10.

Pendirian parti daripada Sarawak itu kekal konsisten seperti mana diumumkan Premier Sarawak selepas sahaja keputusan PRU-15 diumumkan.

Wakil GPS yang dipanggil mengadap YDP Agong hari ini yang diketuai Datuk Fadillah Yusof mengsahkan, bahawa semua 23 MP GPS menyokong Muhiyiddin. Sokongan itu, bukan sahaja berbentuk lisan akan tetapi berbentuk Surat Akuan Bersumpah.

Tan Sri Muhiyiddin masih memerlukan sekurang-kurang 7 sokongan ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai angka 112.

Sebelum ini, 10 MP BN telah menanandatangi Surat Akuan Bersumpah menyokong Muhiyiddin, akan tetapi surat tersebut dibatalkan mereka,kerana BN membuat ketetapan BERKECUALI daripada menamakan Perdana Menteri ke-10, namun mereka merasa "tertipu" apabila Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengutus surat sokongan kepada Istana mengwakili 30 MP BN termasuk beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM-10. Walaupun demikian surat Zahid tersebut ditolak Istana.

Jika sebelumnya pihak Istana meminta 30 MP BN mengadap Agong seorang demi seorang, akan tetapi, petang Selasa, hanya Ahmad Zahid, Mohamad Hassan dan Zambri Abdul Kadir datang mengadap, dan pada majlis mengadap itu mereka bertiga memohon penangguhan majlis mengadap bagi 28 MP lagi.

Malam ini BN akan bermesyuarat termasuk juga mesyuarat para MP parti itu, untuk membuat satu ketetapan bersama, pihak mana yang perlu disokong parti itu, samada Anwar atau Muhiyiddin.

Anwar perlu sokongan sekurang-kurangnya 26 MP BN, berbanding Muhiyiddin 7.

Jika MP BN khususnya Umno, mengambil maklum keadaan penduduk negara ini, dan sesuai dengan asas perjuangan parti itu, sepatutnya, cukup mudah untuk membuat keputusan, akan tetapi, ada sebahagian daripada mereka ini, mengabaikan asas perjuangan, selain melongkangkan keputusan PAU2020, yang wajib dipatuhi, sebagai ahli parti, maka keputusan mudah menjadi kusut dan sukar.

2 comments:

Unknown said...

Nk pilih pn... Muhyiddin dah jelas gagal. Guna darurat.

Unknown said...

Kerajaan perpaduan lebih stabil ph n bn

Blog Archive