JIKA 26 ahli parlimen Umno tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), maka membuktikan, bahawa parti itu tidak mengutamakan asas utama perjuangan parti itu.
Adalah jelas, sebahagian besar ahli parlimen yang bersama PN adalah mereka yang mewakili kaum terbesar dalam negara. Menolak kerjasama dengannya, menunjukkan ketidak setujuan, bahawa kaum terbesar dalam negara menjadi pemerintah atau kerajaan.
Jika selepas mengadap YDP Agong, jika terbukti, para MP Umno menolak PN, maka setiap rakyat negara ini khususnya melayu/bumiputera perlu mempertikai perjuangan parti itu, yang bermisi demi Agama Bangsa dan Tanah Air (ABATA).
Selain itu, hujah para pemimpin Umno, tujuan mengadakan PRU-15 sebelum waktunya, adalah untuk mengembalikan mandat rakyat. Rakyat telah memberi mandat berasaskan parti, dan terpulang pada wakil rakyat yang diberi mandat untuk menentukan bentuk rupa kerajaan.
Kaum terbesar negara telah memberikan mandat pada masing-masing parti yang mewakili atau mengatas namakan mereka. Kegagalan parti-parti tersebut, boleh diertikan tidak peduli kepentingan mereka.
Jika tidak peduli, untuk apa menggunakan mereka sebagai asas perjuangan parti?
Jika benar lah 26 MP Umno akan berkecuali dalam menamakan calon PM-10, menunjukkan ketidak pedulian mereka terhadap masalah rakyat dan negara. Tindakan mereka itu, jika benar-benar berlaku, akan tercatit dalam lembaran sejarah tanah air, bahawa perjuangan wakil rakyat parti itu, bukan untuk ABATA, akan tetapi demi kepentingan peribadi, jika berlaku sebaliknya, mereka lah HERO kepada kaum terbesar DALAM NEGARA. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment