Tuesday, November 22, 2022

30 MP BN MENGADAP AGONG ESOK MERUNGKAI KEMELUT CALON PM-10

APABILA Tan Sri Muhiyiddin Yassin membuat kenyataan bahawa pihaknya telah mengutus senarai 115 ahli parlimen bersama surat akuan kepada pihak Istana pada Isnin, ternyata hari ini YDP Agong mendapati tiada mana-mana pihak, mempunyai majoriti mudah, ada kemungkinan, 10 surat akuan yang dipercayai daripada MP Barisan Nasional (BN) kena "over-rule" maka Baginda menitahkan 30 MP BN mengadap esok.

Esok, apabila Agong berjumpa seorang demi seorang seperti mana proses melantik PM-8 dan PM-9, maka akan diketahui, antara Anwar atau Muhiyiddin atau nama lain diperkenan untuk dilantik sebagai PM-10.

Jika MP BN atau Umno yang menandatangai Surat Akuan (SD) menyokong Muhiyiddin kekal, maka Muhiyiddin akan diperkenan, akan tetapi jika kesemua 30 MP BN tersebut sepakat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka Anwar akan diperkenan dilantik sebagai PM-10. Atau juga ada kemungkinan 30 MP tersebut berkecuali untuk menamakan calon, maka Agong akan mempertimbangkan melantik pihak yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak/tertinggi. Kemungkinan ini, walaupun pertama kali di Malaysia, akan tetapi berlaku di United Kingdom.

Perlantikan Perdana Menteri berdasarkan jumlah kerusi tertinggi, lebih dikenali sebagai "Minority government". Kerajaan minoriti itu nanti perlu ada perjanjian dengan parti lain menerusi " confidence-and-supply agreement" untuk sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Apa-apapun, kemungkinan berkaitan kemelut pemilihan PM-10 akan diketahui esok.

No comments:

Blog Archive