Tuesday, November 22, 2022

PERJANJIAN GRS-BN , JIKA KERUSI GRS DIPERLUKAN BN BENTUK KERAJAAN

OLEH kerana Barisan Nasional (BN) tewas pada PR-15, dengan sendirinya perjanjian antara GRS-BN terbatal.

Kenyataan Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Moktar Radin, bahawa GRS mengistiharkan perang terhadap BN, hanya kerana GRS menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin calon Perdana Menteri ke-10.

Sepatutnya tidak perlu timbul dakwaan Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah tersebut, atas sebab BN bukan pihak yang mempunyai peluang menubuhkan kerajaan, kerana parti itu seperti juga GRS hanya sebagai pelengkap pada parti lain untuk mendapatkan majoriti yang diperlukan.

Jika BN menyokong seseorang untuk dinamakan calon PM-10 selain Tan Sri Muhiyiddin Yassin, tidak semestinya, GRS juga kena akur, demikian juga sebaliknya, kerana masing-masing parti bukan lah agen/wakil antara satu sama lain. Dua parti itu, hanya terikat, jika hanya jika BN memerlukan sokongan untuk pemimpin parti itu dinamakan sebagai calon PM-10.

Membuat kenyataan poiltik, walaupun dalam keadaan terdesak atau stress, tidak perlu membuat dakwaan sesuatu yang tiada asas, apatah lagi kenyatan yang menjurus pada konflik, selain menggambarkan ketidak cerdikkan.

Jangan lah tag tidak cerdik itu sentiasa dijadikan sebagai label, sebaliknya, kena juga sekali sekala bertindak cerdik.

Pengundi negara ini terutama generasi muda dan pasca merdeka, telah menghukum para pemimpin yang ego, arrogant dan sombong pada PRU-15, sehinggakan Umno mencipta sejarah terburuk dalam mana-mana pilihan raya, sejak merdeka.

Pengundi melayu telah menghukum parti itu di Melaka, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, malah hampir diketepikan di Perak dan Pahang.

Jika pemimpin Umno tidak berubah dengan kekal membuat dakwaan membabi buta, tidak cerdik ada kemungkinan akan ditolak sepenuhnya pada PRN Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang,  Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan diadakan sebelum Julai tahun hadapan.

Mungkin pengundi tradisional Sabah masih ada yang boleh menerima tindakan seseorang yang sentiasa berlagak samseng, akan tetapi tidak bagi generasi muda.

Pada PRU kali ini, tersangat jelas, calon-calon yang merasa serba tahu, hebat, telah ditolak oleh pengundi, dan kecenderungan tersebut terlihat pada jumlah majoriti yang masih mengekalkan kerusi masing-masing.

Penulis tidak nampak dalam bentuk apa GRS mengistiharkan perang terhadap BN, sedangkan Datuk Hajiji dan pemimpin GRS lain turut berkempen di kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu, termasuk menawan daripada Parti Warisan seperti Parlimen Kalabakan.

No comments:

Blog Archive