JIKA sah, Barisan Nasional (BN) berkecuali dalam pemilih calon PM-10, maka pilihan YDP Agong adalah memberi perkenanan pada pemimpin yang mendapat sokongan terbanyak/tertinggi, atau dengan kata lain, Perdana Menteri yang dilantik akan membentuk KERAJAAN MINORITI.
Jika berpandukan pada kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin parti, nampaknya Tan Sri Muhiyiddin Yassin mempunyai peluang besar, atas sebab disokong Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan 23 kerusi dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 6 kerusi yang berjumlah 102 kerusi, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi, dan jika betul disokong Parti Warisan 3 kerusi dan PBM 1 kerusi, menjadikan jumlah sokongan 86 kerusi.
Akan berlaku kah perlantikan PM-10 sedemikian? sama-sama kita nantikan sebentar lagi.
No comments:
Post a Comment