Menerusi kerjasama antara GRS-BN Sabah juga, jika Perikatan Nasional (PN) memerlukan sokongan mudah, maka boleh mengambilkira kerusi-kerusi GRS, tetapi tidak terpakai untuk kerusi-kerusi BN Sabah.
Jika ada pemimpin BN Sabah mengatakan, bahawa GRS melanggar perjanjian kerjasama dengan BN Sabah, atas sebab GRS memberi sokongan pada PN, sepatutnya tidak timbul.
Datuk Bung Moktar Radin dalam satu rakaman video, temubual dengan wartawan Astro Awani, mengatakan bahawa GRS telah melanggar perjanjian kerjasama, kerana tidak ikut sama menyokong Anwar dan Pakatan Harapan (PH).
GRS pada hakikatnya tidak terikat dengan mana-mana parti secara mutlak, walaupun lebih cenderung pada PN.
Dalam konteks PRU-15, jika BN adalah parti yang mempunyai peluang membentuk kerajaan seperti PH atau PN, maka GRS akan menyokong BN. Akan tetapi, kerana keputusan PRU, BN bukan pada kedudukan itu, melainkan, hanya pelengkap pada parti lain, seperti juga GRS, maka masing-masing memutuskan haluan sendiri, kerana masing-masing tidak terikat antara satu sama lain, bahawa perlu kekal bersama dan perlu membuat keputusan secara bersama-sama.
Ada lah mengelirukan semua pihak, jika Timbalan Ketua Menteri Sabah mengatakan GRS melanggar perjanjian, kerana pada hakikatnya, kerjasama GRS-BN, masing-masing parti bukan wakil/agen pada masing-masing pihak. Lagi dengan jelas, kerjasama antara dua parti itu, hanya di peringkat negeri, selain hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.
Pada hakikatnya, jika tujuan pemimpin BN Sabah, untuk membentuk kerajaan yang stabil, sepatutnya menyokong PN, GPS dan GRS, kerana lebih banyak kerusi berbanding PH.
PH mempunyai 82 kerusi jika campur BN 30, berjumlah 112, campur Warisan dan PBM, hanya berjumlah 116, berbanding PN-BN-GPS-GRS =73+30+22+6=131. Mana yang stabil 131 atau kah 116!!!. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment