Tuesday, November 22, 2022

KESAN PARLIMEN TERGANTUNG-ADA TIGA KEMUNGKINAN BERLAKU

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti mudah atau Tan Sri Muhiyiddin atau BN tidak menamakan calon PM-10, sebaliknya mahu duluan di negeri Perak berlaku.

Di Perak, PH membuka langkah awal, apabila menawarkan jawatan MB kepada caretaker Menteri Besar yang mewakili BN 9 kerusi DUN, berbanding PH 24 kerusi, sementara PN yang mewakil 26 DUN tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak tunggu dan lihat.

Di peringkat Persekutuan, PH melakukan langkah awal, apabila berjumpa dengan BN, manakala PN bertindak seperti mana di Perak.

Tiga senario yang disebutkan di atas kemungkinan berlaku, kerana pada hakikatnya, jika dihayati dalam situasi parlimen tergantung, TIADA mana-mana parti keluar sebagai pemenang, demikian juga tiada parti yang kalah. Membezakan antara parti-parti itu, hanya daripada segi jumlah kerusi.

Dalam situasi parlimen tergantung, membuka jalan, pada pemimpin atau parti yang merasakan boleh mendapat sokongan majoriti mudah memulakan rundingan, seperti mana berlaku di Negeri Perak, parti kecil boleh menjadi Menteri Besar, kerana pemimpin parti itu mendapat sokongan majoriti mudah.

Situasi Perak akan berulang kah di Peringkat Persekutuan, apabila PH atau PN menamakan semula Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri??? sama-sama kita nantikan selepas pukul 2 petang ini, apa yang berlaku di Istana Negara.

No comments:

Blog Archive