Monday, November 21, 2022

ANWAR PERLU 26 KERUSI LAGI BERBANDING MUHIYIDDIN 8 UNTUK DAPAT MAJORITI MUDAH

Tan Sri Muhiyiddin Yassin hanya perlu 8 kerusi lagi untuk mencapai majoriti mudah, kerana mendapat sokongan 2 MP Bebas daripada Sabah.

Jumlah kerusi Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas PRU-15 adalah 101, memerlukan 11 kerusi daripada Barisan Nasional (BN).

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan 26 kerusi daripada BN, sebagai tambahan pada jumlah kerusi Pakatan Harapan (PH) yang berjumlah 82, Parti Warisan 3 kerusi dan PBM 1 kerusi.

Dipercayai kumpulan Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah mempunyai 112 kerusi dan bersedia menyembahkan pada YDP Agong sebelum 2 petang, Selasa, 22 November 2022.

Muhiyiddin dikhabarkan selain sokongan 2 MP bebas daripada Sabah, juga sokongan 1 kerusi Parti KDM (MP Tenom), selain 10 MP Barisan Nasional yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

Jika surat akuan (SD) daripada 10 MP BN wujud, maka kemungkinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin mendapat perkenaan daripada YDP Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dalam situasi pemula, mana-mana MP daripada sesebuah parti boleh memberi sokongan, kerana masih kekal dengan parti masing-masing, maka tidak timbul isu lompat parti. Jika seseorang yang disokong mengangkat sumpah, dan selepas itu sokongan ditarik balik kerana menyokong calon lain, maka undang-undang anti lompat terpakai.

Ancaman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap para MP BN berkaitan surat aku janji memberi beliau kuasa menentukan parti mana perlu disokong, tidak binding, seperti mana surat-surat serupa sebelum ini, apabila ada wakil rakyat parti lain keluar daripada parti, dan menggunakan surat aku janji yang ditandatangi calon, semuanya ditolak samada oleh Speaker DUN atau Dewan Rakyat.

Setakat ini, memang berlaku perdekatan yang berbeza yang digerakkan Anwar, apabila mengapungkan KERAJAAN PERPADUAN bersama BN, bukannya KERAJAAN PH.  Tujuan strategi baharu ini supaya kumpulan Hishamuddin mengubah fikiran, daripada pendirian No Anwar No DAP, sesuai dengan PAU 2020.

Esok akan diketahui, siapa bakal PM-10.

No comments:

Blog Archive