Monday, November 21, 2022

SOKONG ANWAR- BN BERPECAH- DATUK HISHAMUDDIN RELA DIPECAT

KEGAGALAN Barisan Nasional (BN) membuat keputusan secara konsensus, berkaitan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10, menyebabkan BN berpecah.

Daripada 30 ahli parlimen BN, ahli parlimen yang dipercayai menyokong Anwar, selain Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, juga Datuk Ismail Sabri dan 18 MP lain, sementara yang menyokong Tan Sri Muhiyiddin antaranya Datuk Seri Hishamuddin bersama 9 yang lain.

Melihat keputusan PRU-15, Pakatan Harapan (PH) yang menang 82 kerusi perlu 30 kerusi atau MP untuk mendapatkan 112, sementara Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mempunyai 101 kerusi/MP memerlukan 11 kerusi/MP untuk mencapai majoriti mudah.

Jika BN menyokong Anwar, perlu secara enblok, kerana jika kurang, maka perlu menarik sokongan Warisan (3 kerusi), PBM (1 kerusi), Bebas (2 kerusi) dan KDM (1 kerusi), yang berjumlah 7 kerusi. Jika kekal lah, MP BN yang menyokong Tan Sri Muhiyiddin berjumlah 10, maka jikapun 20 MP BN menyokong Anwar, masih memerlukan 3 kerusi lagi.

Untuk sementara, Datuk Hishamuddin Hussien, kekal bertegas, rela dipecat daripada BN mahupun Umno, kerana teguh dengan pendirian, No Anwar, No DAP. Jika MP Sembrong bersama 9 MP lain kekal, maka sokongan kumpulan Ahmad Zahid kepada Anwar tidak menyebabkan Anwar mendapat majoriti mudah, walaupun dapat menarik 7 sokongan daripada berbagai parti kecil.

Oleh kerana kecelaruan ini, maka YDP Agong melanjutkan mana-mana blok parti mengemukakan calon Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan ke pukul 2 petang, Selasa, 22 November 2022.

Dalam BN, apa kah berlaku pertautan semula, kerana indikasi di negeri Perak, BN dan PH telah menubuhkan kerajaan negeri, apabila PH yang menang 24 kerusi DUN bersama BN dengan 9 DUN bersetuju melantik Menteri Besar daripada BN. Kedudukan DUN Perak, PN 26 kerusi, PH 24 dan BN 9.

No comments:

Blog Archive