Sunday, November 20, 2022

GHULAM PEMIMPIN DI SEBALIK KEMENANGAN CALON GRS BAGI PARLIMEN PAPAR

MERAMPAS kerusi daripada parti lawan bukan mudah apa tah lagi menang dengan majoriti besar.

Pada PRU ke-15 ini, Parlimen Papar diberikan pada calon GRS mewakili gabungan GRS-BN menerusi misi merampas kerusi tersebut daripada Parti Warisan.

Misi itu bukan mudah, kerana penyandang bertanding semula untuk mempertahankan kerusi yang dirampas daripada Parti Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.

Pada PRU-15 19 November, calon GRS-BN- Datuk Armizan Mohd Ali berjaya menumbangkan penyandang kerusi tersebut, apabila mendapat 22,260 undi berbanding lawan 10,396 undi, dengan majoriti 12,224 undi. Selain majoriti besar, calon GRS itu juga menang undi popular apabila mendapat 51.1% daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Menang dengan majoriti besar, selain undi popular, bukan mudah dicapai pada PRU kali ini, memandangkan senario politik semasa yang tidak menentu, juga parti-parti yang bertanding mempunyai kekuatan yang seimbang.

Akan tetapi, senario berbeza di Parlimen Papar, kerana kesan kehadiran pemimpin tempatan yang disukai rakyat setempat yang mendokong parti dan calon yang bertanding.

Bagi rakyat atau pengundi kawasan parlimen ini, pemimpin seperti Datuk Ghulam Haidar yang juga Penyelaras GRS, Ketua Bahagian Parti Bersatu merangkap ADUN Kawang salah satu DUN bagi Parlimen tersebut, telah mendorong pengundi kawasan parlimen tersebut memberi undi kepada calon dan parti yang didokong, disokong dan dipimpin oleh Pengarah Yayasan Sabah tersebut.

Selain itu, parti yang disokong adalah peneraju Kerajaan Negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kerana kesan daripada kepempimpinan Hajiji, Ghulam dan parti yang menerajui Kerajaan Negeri, maka memudahkan calon parti itu, menang dengan mudah, sekali gus merampas kerusi parlimen daripada Parti Warisan, dan yang istimewanya, kerusi tersebut sebahagian daripada 13 kawasan parlimen yang dimenangi GRS-BN.

Kerusi Parlimen Papar, akan menjadi sebahagian daripada Blok Borneo bersama Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) untuk membantu Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan, yang mana pada masa ini, sedang berunding dengan blok-blok parti lain untuk mendapatkan majoriti mudah.

Pada PRU kali ini, selain Parlimen Papar yang berjaya dirampas calon GRS-BN, juga parlimen Batu Sapi, Tawau dan Kalabakan. Secara kebetulan ketiga-tiga penyelaras GRS di tiga kerusi tersebut mewakili Parti Bersatu,  Parlimen Tawau oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan di Parlimen Kalabakan- Datuk Haji Karim Wahid dan Batu Sapi oleh calon yang menang Khairul Firdaus Akhbar Khan.

Bagi pandangan penulis, sebagai upaya untuk menang kawasan-kawasan semasa pilihan raya, kepemimpinan seperti mana di kawasan-kawasan tersebut perlu diperkasakan dan diikuti. Fikir-Fikrkan.

No comments:

Blog Archive