Saturday, November 19, 2022

PENGUNDI AUTOMATIK DAN UNDI-18 MENGUBAH SENARIO POLITIK TANAH AIR?

WALAUPUN jumlah pengundi automatik dan undi-18 hanya 6 juta, akan tetapi jika "turn-out" tinggi, seperti mana terlihat pada saluran 6 ke atas di Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM), yang masih berbaris sehingga sekarang ini,berbanding saluran 1,2,3 yang lengang selepas tengah hari, ada potensi,bahawa kategori pengundi ini akan mengubah (menjadi game changer) politik tanah air.

Sepertimana pola pengundian pada PRU-PRU lalu, yang didominasi pengundi tradsional dan matang, maka PRU kali ini, didominasi pengundi muda yang biasanya mereka ini tidak berafiliaasi dengan mana-mana fahaman politik atau parti politik.

Seandainya peratusan penguindi pada PRU kali ini seperti PRU 2013 (84%) dan PRU 2018 (82%), bermakna pengundi kategori atas pagar atau pengundi pasif, akan mengatasi jumlah pengundi tradisional.

Akan betul lah jika peratusan keluar mengundi di atas 83%, dengan sendirinya akan menafikan keputusan parlimen tergantung, kerana pada peratusan ini kebarangkalian tinggi akan muncul blok parti yang mendapat majoriti mudah, sekurang-kurang 112 atau 111, apabila mengambilkira satu kawasan parlimen yang ditangguh pengundian, kerana kematian calon daripada Pakatan Harapan (PH).

Tiga blok utama bersaing merebut angka ajaib 112 atau 111 daripada 221, iaitu Barisan Nasional (BN), Pakataan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). 

Sebelum tempoh kempen berlabuh pada 12.01 pagi 19 November, masing-masing yakin boleh mendapat jumlah kerusi majoriti mudah.

Hanya berbaki 2 jam lagi, tempat-tempat pengundian ditutup, dan setakat ini peratusan keluar mengundi melepasi 60%, jika trend pengundian berterusan tanpa gangguan hujan, tidak mustahil peratusan keluar mengundi melebihi 80%.

Blok parti mana bakal muncul sebagai pemenang, sama-sama kita nantikan malam ini.

No comments:

Blog Archive