Sunday, September 04, 2022

PRU-15- KERAJAAN CAMPURAN TIDAK DAPAT DIELAK

DIRAMAL pada PRU-15, tiada mana-mana blok politik boleh mencapai majoriti mudah, melainkan bagi maksud menubuhkan kerajaan, perlu ada kombinasi antara blok-blok parti.

Dengan keputusan demikian, maka menjadikan PRU-15 sebagai game changer politik tanah air, apabila  politik tanah air menoktahkan dominasi parti politik dominan.

Sesuai dengan masyarakat majemuk Malaysia, dan visi KELUARGA MALAYSIA, maka tepat lah pilihan rakyat, bahawa kerajaan yang ditubuhkan mencerminkan visi baharu tersebut.

Bagi pandangan penulis, apapun strategi parti-parti politik yang akan mengambil bahagian pada PRU-15, tidak akan dapat melawan aspirasi rakyat.

Rakyat negara ini, berganjak daripada parti politik dominan, kerana mengutamakan semak dan imbang dalam kerajaan.

Rakyat tidak mahu lagi berulang, kesan parti politik dominan, telah melahirkan berbagai perbuatan negatif daripada sesetengah pemimpin, sehinggakan menghantui rakyat.

Rakyat bukan sahaja malu kerana sokongan yang telah diberi, telah mencipta, pemimpin yang tidak amanah, malah memalitkan imej buruk pada negara.

Siapa yang tidak malu, negara diberi gelaran sebagai negara kleptokrasi, kerana perbuatan segelitir pemimpin yang melanggar amanah yang diberikan.

Menerusi kerajaan CAMPURAN, setiap pemimpin terhalang bertindak salahgunakuasa, kerana adanya semak dan imbang antara mereka. Keadaan ini lah yang boleh memberi jaminan kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Blog Archive