Saturday, September 03, 2022

BERI PELUANG PN MEMERINTAH NEGARA

RAKYAT negara ini sudah merasakan pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), akan tetapi belum merasakan pemerintahan Perikatan Nasional (PN), walaupun semasa Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri “diperkenalkan” kerajaan spara Perikatan Nasional.

 17 bulan sebagai Perdana Menteri, berlaku pula masa dunia dilanda malapetaka Covid-19, yang menunjukkan tiada mana-mana negara tahu pendekatan mujarab bagaimana menghadapinya. Dalam keadaan kelamkabut, bukan sahaja setiap pemimpin negara didunia kehilangan arah bagaimana mengekang serangan virus pembunuh itu, Malaysia ditakdirkan mendapat Perdana Menteri yang berserah pada Yang Mahakuasa untuk mendapat pentujuk menyelamatkan rakyat.

Langkah pertama apabila diistiharat darurat kesihatan menerusi tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudiannya membayar pembelian vaksin pada syarikat-syarikat kesihatan yang sedang membuat penyelidikan vaksin, walaupun tiada kepastian apakah vaksin berjaya ditemui.

Selain itu untuk menyelamatkan rakyat, sebanyak RM530bilion digunakan, samada secara langsung ataupun tidak, semata-mata untuk keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

Kesinambungan pemerintahan Muhiyiddin diteruskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun daripada parti yang berseteru, akan tetapi perbuatan baik-baik, tiada sesiapa manusia waras sanggup menolaknya, kecuali mereka yang “tertutup” hati, iaitu kumpulan yang khianat pada amanah dan tanggugjawab. Bagi mereka yang “tertutup” hati, tiada perkara baik yang baik, melainkan buruk belaka. Atas sebab itu, semasa era Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri, BossKu dan geng, sentiasa mengeritik, membidas, tiada yang baik di mata mereka.

Hakikatnya walaupun hanya 17 bulan sebagai Perdana Menteri, sumbangan Muhiyiddin pada rakyat dan negara, jauh lebih baik daripada sumbangan mereka yang puluhan tahun menerajui negara, apatah lagi, mereka itu telah meninggalkan kesan buruk yang kini sedang menghantui rakyat.

Jika rakyat negara ini, bertindak rasional, sudah pasti tahu mana-mana pemimpin dan parti yang perlu diberi peluang memerintah negara. Dalam senario semasa, jika rakyat mahukan pemerintahan berintegriti dan bermaruah, maka pilihan itu, adalah Perikatan Nasional, dan Perdana Menterinya adalah Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

No comments:

Blog Archive