Saturday, September 03, 2022

PEMIMPIN DIHUKUM & DIBICARAKAN- BUKAN UNTUK DIRAI ATAU DITANGISI

MALANG sungguh bagi rakyat negara ini, mereka yang sepatutnya memberi contoh perbuatan yang baik-baik, berakhir di mahkamah, samada dijatuhi hukuman atau dibicarakan.

Kejadian yang berlaku bukan sesuatu yang perlu dirai atau untuk ditangisi, akan tetapi perlu menjadi iktibar untuk semua, sesuatu perbuatan yang “dihalalkan” yang difikirkan tidak akan diketahui oleh sesiapa, tidak selamat, melainkan ianya memudaratkan diri sendiri.

Kita juga perlu mengambil pengajaran daripada kejadian yang menimpa mereka yang dihukum dan sedang dibicarakan, bahawa kuasa dan kedudukan jika tidak jaga dengan sebaik-baiknya boleh menjerat diri sendiri..

Mereka yang diberi kuasa, amanah dan tanggungjawab, perlu menggunakan apa yang diberikan untuk kepentingan rakyat dan negara, supaya dapat meninggalkan legasi yang terus dikenang rakyat.

Adalah cukup malang, mereka yang dianggap meninggalkan legasi terpadam begitu sahaja kerana perbuatan yang menjerat mereka, seperti kata peribahasa, diharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Perbuatan salahgunakuasa sehingga terjerat jenayah seperti rasuah bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, akan tetapi memberi kesan pada rakyat dan negara.

Akan tetapi, apa yang menjadi muskhil, ada pihak yang menganggap bahawa sabitan yang dikenakan kononnya bermotifkan politik, atas sebab itu, meminta penyokong bersoladiriti termasuk meminta rakyat menyokong parti yang menyokong mereka itu untuk diberi kuasa, kononnya untuk menghapuskan ketidak adilan. Apa makna seruan tersebut? Apa kah apabila berkuasa maka akan campur tangan urusan badan kehakiman? Atau kah terus menyorok perbuatan keji yang “dihalalkan”?.

Hakikatnya atas keberanian rakyat menukar kerajaan pada PRU-14, maka berjaya membongkar perbuatan keji yang dihalalkan, walaupun ada pemimpin mendakwa pembongkaran tersebut adalah pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik.

Apapun istilahnya, apapun dakwaan, jika perbuatan keji yang dihalalkan berjaya dibongkar, sipelaku tidak akan terlepas daripada hukuman undang-undang.

Kepada rakyat negara ini, pada tangan anda lah boleh membersihkan negara daripada perbuatan keji yang dihalalkan, dengan memilih pemimpin yang berintegriti, beramanah dan bertanggungjawab. Rakyat tahu siapa mereka, rakyat tahu parti yang mereka wakili. Berilah peluang pada pemimpin dan parti sedemikian, supaya negara harum semula di persada antarabangsa. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive