Friday, September 02, 2022

NASIB BAIK ADA BADAN KEHAKIMAN-MENGHUKUM PENGAUT DANA AWAM

RAKYAT negara ini perlu berterima kasih pada BADAN KEHAKIMAN negara, kerana menghukum mereka yang terlibat mengaut dana awam.

Tanpa badan itu, rakyat hanya dapat mendengar, dan tenggelam dengan persepi yang pasti tidak akan kemana, dan lambat laun hilang begitu sahaja.

Keberanian rakyat menukar kerajaan pada PRU-14, adalah penyumbang terbongarnya perbuatan segelintir pemimpin termasuk keluarga mereka yang sekian lama berselindung pada kedudukan dan kuasa, untuk menyorok perbuatan buruk mereka, namun pada masa sama mengabui mata rakyat dengan berbagai habuan, seolah-olah mereka lah pemimpin prihatin.

Menggunakan kedudukan dan kuasa untuk kepentingan pribadi, seperti mana dibuktikan oleh mahkamah bagi mereka yang dijatuhi hukuman, bukan sahaja khianat pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan, akan tetapi merugikan rakyat secara umumnya, kerana dana yang terlibat, sepatutnya, boleh mendorong kemajuan rakyat dan negara.

Rakyat Sabah masih menunggu apa yang berlaku pada dana RM1.5bilion yang melibatkan pembangunan kemudahan asas luar bandar Sabah, era Datuk Seri Shafie Apdal menteri KKLW yang mengawal dana tersebut. Dana sebesar itu bukannya sedikit, dan jika dana itu tidak “hilang” begitu sahaja, isu-isu yang berkaitan penambahbaikan kemudahan asas di Sabah sekurang-kurangnya sudah berkurangan.

Penulis masih terkilan, dalam kerajaan sekarang, masih ada pemimpin diberi tanggungjawab mengawal berkaitan kemudahan awam, akan tetapi mempunyai sifat seperti musang menjaga reban ayam.

Seharusnya, mana-mana pemimpin yang terlibat salah laku, tidak lagi diberi kuasa yang membabitkan dana awam. Demikian juga, pada PRU-15, rakyat perlu menolak mereka ini, jika masih bertanding, termasuk lah parti yang mereka wakili, kerana parti yang mereka pimpin mewariskan dan dipenuhi DNA menggunakan kedudukan untuk kepentingan pribadi.

No comments:

Blog Archive