Sunday, August 07, 2022

RAKYAT TAHU PEMIMPIN TERKAIT RASUAH

CUKUP malang bagi parti yang mewakili kaum melayu, kerana tidak boleh bercakap, terpaksa menelan bulat-bulat, apabila sesetengah pemimpin yang menjadi pemimpin di dalamnya menggunakannya sehingga mendapat imej buruk.

Sekian lama menjadi sandaran kaum terbesar, juga disokong kaum itu, yang membolehkannya menjadi parti tunggak kerajaan, berakhir pada tahun 2018, hanya kerana angkara segelintir pemimpin yang memimpin terpalit dengan berbagai kes salah guna kuasa, termasuk rasuah.

Kini, menjelang PRU-15, selepas dibantu bernafas semula sejak Mac, 2020, daripada parti pembangkang, menjadi sebahagian daripada kerajaan, dan telah bersiap sedia menebus semula maruah, muncul pula isu LCS, kapal TLDM, yang bernilai RM6bilion, yang sepatutnya telah siap dan diserahkan pada pengguna akhir, hilang daripada radar, dan pemimpin yang menjaga kementerian adalah tiga pemimpin, yang juga menjadi sebahagian pemimpin yang menyebabkan parti hilang kuasa.

Hakikat perlu kita terima, di kalangan parti lain, hanya Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah kerana salah guna kuasa rasuah, selain itu, tiada lagi yang pernah dihadap ke mahkamah. Guan Eng, kerana “terperangkap” oleh pemimpin daripada parti terbesar itu, sehingga terlibat jenayah.

Perkembangan terkini, ada pemimpin “parti lain” terpalit rasuah, dan sedang disiasat, juga berDNA parti terbesar itu, bukannya pemimpin ORI parti yang sedang dianggotai.

Cukup malang bagi parti yang sepatutnya berjuang demi agama bangsa dan tanah air (ABATA), rosak, hanya kerana pemimpin yang tidak dapat mengawal nafsu dan haloba, sehinggakan, memalit imej buruk pada pemimpin lain yang bernawitu ikhlas dan jelas.

Bukan sedikit pemimpin yang amanah, yang baik-baik, bersama parti, akan tetapi, terpaksa bertahan didalamnya, walaupun, imej parti tercalar begitu teruk, kerana sayangkan parti yang telah menjadi darah daging. Kesetiaan mereka ini, hanya pada parti, dan yakin, di masa akan datang, parti akan bebas dan bersih daripada pemimpin yang bermasalah, semada ditolak oleh ahli-ahli parti, juga ditolak rakyat pada pilihan raya.

Akan tetapi yang sangat membimbangkan, keberadaan mereka yang mempunyai isu moral ini, boleh memudaratkan parti, termasuk ditolak rakyat majoriti pada pilihan raya, seperti mana berlaku pada PRU-14.

Adalah diakui, bagi ahli parti dan penyokong tegar, kerana faktor sayangkan parti, maka mengambil pendekatan, untuk apa membakar kelambu kerana seekor nyamuk, atas sebab itu,masih menang pada PRN Melaka dan Johor, walaupun secara keseluruhan, undi yang diperolehi parti, bukan undi popular, kerana mendapat kelebihan pada rendahnya peratus pengundi yang keluar mengundi, selain mendapat manfaat sistem First Past The Post (FPTP).

Pada PRU-15, jika berlaku peratusan yang keluar mengundi tinggi, dan faktor pengelibatan undi-18, pengundi pertama kali, pengundi pasif dan atas pagar yang sebahagian besarnya yang lain selepas merdeka atau penubuhan negara, amat membimbangkan parti, atas sebab, jumlah ahli yang berjumlah lebih 3 juta yang juga menyokong tegar, adalah jumlah minoriti.

Mengharapkan sokongan daripada pengundi lain, tiada bukti akan menyokong parti, kerana pengundi lain menyokong parti-parti lain, walaupun tidak dapat diterjemahkan kepada kerusi, kerana terpecah-pecah. Harapan parti, agar ianya berterusan, dan jangan berulang seperti mana PRU-14, parti-parti lain mengelak pertembungan sesama sendiri. Hanya melalui pertembungan berbagai penjuru, membuka ruang kemenangan, kerana faktor FPTP.

Kehadiran Gerakan Tanah Air (GTA) walaupun bermatlamat memaksimumkan peluang untuk parti kalah menerusi perpecahan undi, akan tetapi, tidak akan kesampaian kerana faktor FPTP, selain sokongan penyokong tegar yang kekal jumlahnya.

Bagi Umno, semakin banyaknya parti berasaskan kaum melayu terlibat dalam pilihan raya, semakin besar peluang menang di kawasan majoriti kaum melayu. Isunya, apa kah jumlah kerusi yang dimenangi mencukupi untuk mendapat kerusi paling sedikit 112 daripada 222? Kerana tiada rekod yang mendokong, tanpa sokongan parti lain, parti itu pernah menang sejumlah kerusi sebanyak itu.

Gambaran ini, untuk dijadikan pedoman oleh parti-parti lain, untuk menjadikan PRU-15 sebagai game changer politik tanah air, apabila parti yang bakal menerajui negara, adalah parti yang benar-benar bebas daripada isu-isu moral dan salah guna kuasa.

Sudah tiba masanya menoktahkan, penguasaan parti, yang menjadi kilang salah guna kuasa, dengan mengabaikan apapun alasan yang menyelubunginya. Hanya rakyat yang dapat merealisasikannya. Fikir-Fikirkan...

No comments:

Blog Archive