Monday, August 08, 2022

JAWATAN TPM-DESAKAN TERBUKA SATU KESILAPAN?

PERJANJIAN bersama antara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perikatan Nasional (PN) berkaitan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sepatutnya tidak dihibahkan, kerana perjanjian itu, tertakluk pada pregrogatif Perdana Menteri. Jika pun dibangkitkan, hendak lah secara tertutup atau empat mata dengan Perdana Menteri.

Sepatutnya pemimpin PN, tidak menghibahkan “perjanjian” tersebut, kerana mengambilkira keadaan yang mencekam Perdana Menteri daripada parti beliau sendiri, yang mendesak beliau membubarkan parlimen, untuk memberi laluan pada PRU-15.

Tindakan pemimpin PN, menghibahkan berkaitan perjanjian yang “belum” ditunaikan, disampaikan menerusi "desakan"  telah memberi senjata kepada pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri sendiri, untuk mempelancar pembubaran parlimen. 

Para pemimpin Umno, sewaktu PRN Melaka lagi, mahu sangat PN menarik sokongan, apabila mengulang-ulang “tekan butang” yang dipetik daripada kenyataan media Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa PRN Melaka.

Terkait dengan jawatan TPM, sehinggakan PN membuat kenyataan akhbar, kecewa dengan Perdana Menteri, kemudian mengutus delegasi untuk berjumpa, namun perjumpaan dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak Perdana Menteri, sehingga mengundang spekulasi, bahawa perikatan itu diambang menarik sokongan.

Penulis tercari-cari, siapa pemimpin PN yang pernah berkata, ekoran pembatalan perjumpaan antara delegasi PN dan Datuk Seri Ismail Yaakob, maka PN akan menarik sokongan. Apa yang penulis jumpa, adalah laporan spekulasi daripada surat khabar Star, yang kemudiannya dianggap seolah-olah bersumber daripada pemimpin PN, yang kemudiannya diulas oleh berbagai pihak termasuk Perdana Menteri sendiri.

Pada masa ini, isu TPM bukan sahaja menjadi trending, akan tetapi bertukar menjadi kudis pada pemimpin PN, yang dicemuh bukan sahaja oleh pemimpin Umno, akan tetapi pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sepantas kilat, pemimpin atau penyokong Umno, menguar-uarkan, bahawa PN, hanya mengejar kedudukan dan status, di kala rakyat berhadapan tekanan inflasi dan harga barang mahal.

Kita diajar bagai mana menarik rambut daripada tepung, rambut berjaya ditarik, tepung tidak berselerak.

Dalam isu TPM, memangpun antara PN dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub secara persendirian, bersetuju sebagai balas budi atas sokongan pada beliau untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Perlantikan TPM adalah atas kuasa Perdana Menteri, tidak perlu merujuk pada mana-mana, kecuali mempersembahkan pada Agong untuk maksud perkenaan dan perlantikan.

Penulis berspekulasi, isu TPM telah dibincang empat mata antara Tan Sri Muhiyiddin Yassin dengan Perdana Menteri. Kemungkinan besar Perdana Menteri tidak memberi respon yang positif, dan kebarangkalian tinggi, tiada perlantikan, telah mendorong Pengerusi PN menghibahkan secara terbuka.

Asas hibahan terbuka itu, untuk “meyedarkan” Perdana Menteri berkaitan aku janji, supaya berfikir semula, implikasi tidak menunaikan janji. Namun, ianya bertukar sebagai agenda politik oleh pihak Umno untuk mempengaruhi rakyat, bahawa PN tidak mempedulikan masalah rakyat, janji dapat jawatan. Sebelum itu, pihak PN telah mempersoalkan kelambatan menggantikan Datuk Zuraida Kamruddin yang kekal sebagai anggota kabinet, menggunapakai kuota Bersatu.

Penulis tidak dapat meramal, implikasi kemelut TPM yang ditutut PN, di mata rakyat, apa kah negatif atau sebaliknya. Tetapi apa yang jelas pada penyokong tegar Umno, dan sebahagian PH, kemelut tersebut dijadikan isu politik untuk menyudutkan PN.

Pun demikian, terletak ditangan rakyat pada PRU-15, apa kah isu tidak tunai janji berkesan berbanding isu TPM. Atas sebab isu tidak tunai janji, adalah isu yang digunapakai rata-rata pemimpin Umno untuk memberi imej negatif pada PH, terkait, manifesto bukan kitab suci. Jika pemimpin dan penyokong Umno adalah manusia-manusia adil, maka merujuk juga aku janji Ismail Sabri dengan PN yang tidak ditunaikan.

Pengundi pada PRU-15, perlu mengambil iktibar, janji dengan parti yang menyokongpun, boleh diingkari, apatah lagi janji pada rakyat?

Pengajaran yang kita perolehi, JANJI ORANG POLITIK ITU, adalah janji yang TIDAK SEMESTINYA DITUNAI, kecuali “mereka” yang memahami erti sebuah JANJI!!!. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive