Saturday, August 06, 2022

PRU-15: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RAKYAT

AKAN berlaku kah era baharu politik negara pada PRU-15, apabila memberi mandat pada parti dan pemimpin bebas daripada isu-isu rasuah, salah guna kuasa?

Pengelibatan undi-18, pengundi pertama kali, mereka yang lahir selepas merdeka atau selepas penubuhan Malaysia, akan merealisasikan era baharu Malaysia, era bebas rasuah, era bebas salah guna kuasa, supaya negara dihormati diserata dunia.

Sudah tiba masanya, rakyat negara ini melepaskan diri daripada ketaksuban, sebaliknya perlu berhijrah kepada era baharu, yang membolehkan negara dihormati.

Kerajaan yang diberi mandat nanti, adalah kerajaan yang memastikan setiap sen wang rakyat atau negara, digunakan untuk kepentingan rakyat. Jangan lagi berulang, wang berbilion ringgit hanya masuk poket beberapa kerat individu. Jika lah wang tersebut digunakan untuk kepentingan rakyat, sudah tentu, masalah-masalah rakyat yang dihadapi pada hari ini, tidak sangat membebankan mereka.

Kalau membaca, pendedahan-pendedahan di mahkamah yang membabitkan pemimpin politik negara, betapa besarnya ketirisan berlaku. Ambil contoh, beban kewangan yang melibatkan 1MDB, RM50bilion, jika dihubungkan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), 5 tahun bantuan dapat diberikan yang melibatkan tidak kurang 10 juta rakyat. Malangnya hanya individu istimewa mendapat merasakan sebahagian wang tersebut yang dikatakan berjumlah RM2.3bilion.

Bukan itu sahaja, ketirisan juga berlaku berkaitan aset ketenteraan, yang boleh menyebabkan isu keselamatan. Kerana perbuatan pihak-pihak tertentu, keselamatan negara dikompromi.

Semua ketirisan yang sedang menjadi buah bibir kebanyakan rakyat, tidak akan terbongkar,jika rakyat tidak bertindak berani menukar kerajaan.

Keberanian rakyat boleh mengubah keadaan. Atas sebab itu, penulis berpendapat PRU-15, bakal menjadi game changer politik tanah air, dengan syarat, sekali lagi rakyat menunjukkan keberanian.

Rakyat perlu memberi peluang pada mereka yang tiada rekod salah guna kuasa, pemimpin yang berteraskan integriti, kerana melalui mereka lah, akan terwujudnya kerajaan bersih, kerajaan yang hanya mementingkan kemajuan negara dan rakyat.

Apabila adanya kerajaan bersih, maka bukan sahaja dihormati, akan tetapi, menjadi penarik pada pelabur-pelabur luar datang melabur. Apabila pelaburan tinggi, bukan sahaja memacu kemajuan negara, akan tetapi rakyat juga turut menikamtinya, menerusi peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan. Apabila rata-rata rakyat berpendapatan, maka dengan sendirinya menyebabkan ekonomi negara berkembang.

No comments:

Blog Archive