gambar Hiasan |
Walaupun bimbang, kewujudan parti-parti berasaskan kaum itu bukan berkurang, akan tetapi terus bertambah.
Parti yang bakal kehilangan undi kerana perpecahan, menuding jari pada parti yang baharu, sebagai punca perpecahan.
Sudah tahu pun, semakin banyaknya parti bermain pada kolam yang sama, tentunya berlaku perpecahan. Persoalannya mengapa pemimpin melayu, memilih berpecah? Hantuk kepala ke dinding hinggga pecah, akan tahu jawapannya.
Ada sesetengah pemimpin melayu baharu nak up, membuat kenyataan, apabila pengundi melayu berpecah, maka menguntung parti DAP. Mengapa tidak bertanya pada diri sendiri, parti yang untung tersebut, atas sebab tidak berpecah, walaupun ada juga parti berasaskan kaum itu.
Berpecahnya undi melayu, kerana kehendak pemimpin kaum itu, supaya melayu lemah, walaupun penduduk majoriti.
Kaum terbesar tidak akan jadi lemah, jika tidak berpecah. Supaya lemah, maka perlu ramai pemimpin yang tamak haloba. Kerana tamak haloba lah, menyebabkan mereka berlawan sesama sendiri.
Impaknya, rakyat daripada kaum itu yang menerima kesan, kerana tiada siapa yang membela mereka, kerana pemimpin yang mewakili kaum itu, seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, untuk kekal relevan.
Berhadapan PRU-15, sekali lagi perpecahan kaum melayu semakin ketara, apabila blok politik baharu daripada kaum itu- Gerakan Tanah Air (GTA), bertarung bersama-sama dengan Umno, Bersatu, Pas, PKR, Amanah, untuk memilih parti pemenang, dalam kekalahan. Menerusi pertarungan ini, kaum lain melihat sebagai peluang, maka akan berpihak pada salah satu atau dua daripada parti-parti tersebut, menyokongnya untuk menjadi pemenang. Dalam senario politik tanah air, dalam pertembungan sedemikian, maka yang keluar sebagai pemenang adalah PKR dan Amanah, seperti mana berlaku pada PRU-14.
Adalah jelas, bagi blok politik baharu- GTA, keutamaan untuk mengalahkan Umno, tidak semestinya oleh parti itu, akan tetapi, yang paling mustahak sumbangan parti itu untuk kemenangan parti lain.
Dalam pilihan raya, satu undi pun diambil kira. Ertinya, jangan sesekali menganggap remeh,kehadiran blok baharu, kerana telah terbukti pada PRU-14, dan PRN Johor, parti baharu, bukan sahaja mendapat undi, akan tetapi menang kerusi.
No comments:
Post a Comment