Thursday, August 11, 2022

MANTRA PENDAKWAAN TERPILIH

MANTRA pendakwaan terpilih, datangnya daripada kluster mahkamah dan penyokongnya, dan mendakwa para pemimpin yang didakwa bermotifkan politik, walaupun jelas sekali, fakta-fakta daripada mahkamah menunjukkan, semua pertuduhan adalah genuine berkaitan salahgunakuasa dan rasuah.

Mungkin kumpulan ini merasa terkilan, mengapa mereka yang dihadapkan ke mahkamah, sedangkan yang lain tidak. Yang lain itu siapa? Sekiranya yang lain itu wujud, daripada semalam lagi mereka persoalkan.

Pendakwaan politik apa? Jika menerima bayaran bulanan berlarutan sehingga 4 tahun, daripada syarikat yang berurusan dengan jawatan yang disandang,bukan sedikit akan tetapi melibatkan puluhan juta ringgit.

Pendakwaan politik apa? Wang masuk dalam akaun peribadi, kemudiannya dibuktikan berkait rasuah, walaupun money trail berlapis-lapis.

Sebenarnya, hanya mereka yang terkait sahaja menuduh kes mahkamah yang dihadapi mereka berunsur politik, sedangkan ianya semua terkait dengan ketidakbertanggungjawaban dan pecah amanah, menyalahgunakuasa jawatan/kedudukan, hanya untuk kepentingan peribadi dan kroni.

Memainkan isu pendakwaan terpilih, hanya cubaan mengabui mata rakyat, untuk menunjukkan mereka menjadi mangsa, sedangkan, fakta-fakta mahkamah menunjukkan mereka bukan lah mangsa, akan tetapi didakwa kerana perbuatan curang mereka.

Jika lah kes yang dihadapi mereka ini, berlaku di Jepun atau negara-negara berdaulat lain, sudah lama mereka ini, meletakkan jawatan atau disingkirkan daripada jawatan yang terkait dengan rakyat atau parti. Akan tetapi di negara kita, lain pula kejadiannya, mereka ini dianggap hero dan idola, dan perlu disokong semula, untuk bangkit, agar boleh kembali memimpin negara.

Pemimpin yang sepasukan, mendabik dada, pemimpin sedemikan ada lah pemimpin yang tidak mahu mengalah, kerana sanggup turun naik mahkamah. Apa maksud mengalah? Mengaku salah sebelum dibicara? Atau tidak sanggup melepaskan jawatan? Sedangkan, “keberanian” turun naik mahkamah, semata-mata memperlambat disabit hukuman, dengan mempergunakan semua hak dalam undang-undang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah contoh pemimpin yang tidak sanggup mengalah, turun naik mahkamah, menggunakan semua hak perundangan, akan tetapi, jika perbuatan salah memang berlaku, tidak dapat melepaskan diri daripada dihukum.

Demikian juga kejadiannya, mereka yang sedang dibicarakan, jika memang telah melakukan kesalahan, apapun cara, termasuk tidak sanggup mengalah, akan jua dijatuhi hukuman, demikian juga sebaliknya, maka akan dibebaskan.

Datuk Peter Anthony, Adun Melalap, telah membuktikan, tidak bersalah berkaitan pengubahan wang haram, maka dibebaskan. Ertinya, setiap individu yang dibawah ke mahkamah, bukannya kerana pendakwaan terpilih, melainkan wujudnya fakta untuk pendakwaan. Di mahkamah lah dirungkai, apa kah pertuduhan tersebut dapat dibuktikan.

Penulis berpendapat, pihak SPRM atau Peguam Negara, tidak lah senaif itu dalam melaksanakan undang-undang, sehinggakan menganaya mereka yang tiada fakta untuk didakwa, kemudiannya merekayasa fakta atau bukti, semata-mata merealisasikan pendakwaan terpilih.

Sepatutnya, mereka yang mendakwa ada pendakwaan terpilih bermotifkan politik, berterima kasih pada SPRM atau Jabatan Peguam Negara, kerana memberi peluang membersihkan nama, membersihkan persepsi rasuah yang melekat pada mereka, seperti mana berlaku pada beberapa pemimpin yang pernah didakwa dan mempunyai persepsi serupa, akan tetapi, menangpun tidak melakukan sebarang kesalahan, akhirnya mahkamah bukan sahaja membebaskan mereka, akan tetapi dilepaskan. Dalam keadaan demikian, mereka itu tersuci daripada semua anggapan, dan kembali sebagai pemimpin yang bersih.

No comments:

Blog Archive