Thursday, August 11, 2022

BERSATU PERTAHAN KAWASAN PARLIMEN DISANDANG DI SABAH

BERSATU, selain mempertahankan kawasan-kawasan parlimen yang disandang, juga telah mengenalpasti beberapa kawasan yang berpotensi dimenangi untuk ditandingi.

Jumlah kerusi yang bakal ditandingi, sangat bergantung, agihan kerusi antara parti itu dengan Umno, jika dua parti itu memutuskan untuk tidak saling bertembung.

Untuk rekod, semua kawasan parlimen yang disandang parti Warisan dan PKR, terbuka antara dua parti itu ditandingi.

Sebelum parlimen dibubar, Bersatu mempunyai 6 kerusi, manakala Umno-2.

Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen, 16 bumiputera islam, 6 bumiputera bukan islam, 3 kawasan kaum cina.

Bagi pandangan penulis, jika pertembungan berbagai parti berlaku, parti-parti GRS akan menang kerusi terbanyak, manakala DAP di kawasan tradisi parti itu, Warisan pula akan mempertahankan Semporna, manakala parti-parti lain, walaupun memberi saingan sengit, akan tetapi tidak dapat diterjemahkan menerusi kerusi.

PRU-15, adalah pilihan raya yang dilihat sebagai game changer politik tanah air, bukan sahaja berlaku di Sabah akan tetapi di seluruh negara.

Keputusan PRN Melaka dan Johor, bukan lah pengukur kecenderungan rakyat, lagi pun, pada PRU-15, jumlah pengundi yang begitu ramai mendekati 23juta, tambahan hampir 50% adalah pengundi baharu, termasuk undi-18.

Pengundi baharu, adalah mereka yang termasuk pengundi pasif dan atas pagar. Mereka ini tidak terikat pada mana-mana parti, melainkan keputusan mereka ini bergantung pada hati nurani mereka. Lumrah manusia, lebih cenderung pada yang baik-baik, bukannya pada ketaksuban membuta tuli.

PRU-15, adalah peluang keemasan bagi parti yang dipimpin mereka yang berintegriti dan bebas isu moral.

Selama dua tahun, kemunculan Tan Sri Muhiyiddin Yassin menerusi kaca TV, media atas talian, menunjukkan kepemimpinan konsisten yang berserah pada Yang Maha Kuasa, menunjukkan kepemimpinan yang telus, prihatian, tidak boleh dipandang ringan, kerana pada rakyat yang tidak berafiliasi dengan mana-mana parti politik, pemimpin seperti ini perlu diketengahkan menerajui negara, untuk menebus maruah negara yang tercalar, kesan perbuatan pemimpin yang termasuk dalam kleptokrasi.

Hakikatnya rakyat telah menghukum para pemimpin kleptokrasi ini pada PRU-14, tetapi kesan tindakan mereka, sehingga kini menghantui rakyat. Cuba bayangkan, jika golongan ini kembali berkuasa, apa akan jadi pada negara??? tepuk dada tanya selera.

No comments:

Blog Archive