MELIHAT kebolehan seseorang memimpin apabila mampu mengurus dan menangani suatu keadaan yang amat serius dan kritikal dengan amat baik dan sukses.
Tan Sri Muhiyiddin Yassin dilantik ke Jawatan Perdana Menteri, dalam keadaan luarbiasa, selepas sebulan Pandemik Covid-19.
Sebelum mengambil alih jawatan, bayangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang menjaga Kementerian Kesihatan, berlatar belakang perubatan, tidak mempunyai solusi, bagai mana mengurus dan menangani Covid-19.
Akan tetapi, Muhiyiddin mengambil pendekatan, mengistiharkan darurat kesihatan, dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac,2020, dua minggu selepas dilantik, walaupun kemudiannya dikritik dengan hebat oleh kumpulan yang diketuai BossKu, akan tetapi pelaksanaannya berlarutan sehingga 2 tahun, sehinggalah dilonggarkan pada 1 April,2022, oleh pengganti beliau.
Sekiranya tindakan PKP itu tidak berkesan, sudah tentu ditamatkan pada Ogos,2021, apabila sekutu BossKu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dalam tempoh 17 bulan, RM530bilion wang negara digunakan untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi, termasuk pembelian vaksin covdi-19. Wang negara sebesar itu dibahagi-bahagikan menerusi 8 pakej prihatin, dan terbukti mencapai sasaran dan matlamat seperti mana yang telah dirancang, dengan telus tanpa ketirisan.
Bandingkan dengan RM250 juta yang terkait dengan lembu masuk kondo, RM2.6bilion terkait dengan 1MDB dan RM6bilion terkait dengan kapal TLDM (LCS), yang bertukar pada skandal.
Setidak-tidaknya, Tan Sri Muhiyiddin Yassin menunjukkan bagai mana mengurus dana awam, yakni sebesar manapun dana itu, jika diurus dengan amanah dan bertanggungjawab, sudah tentu setiap sen daripada dana itu memberi manfaat pada pengguna akhir, iaitu rakyat.
Berbeza, apabila terdapatnya pemimpin yang diberi amanah, akan tetapi tidak menunaikan amanah, akhirnya, rakyat terpaksa menerima kesannya, selain menjadi hantu jembelang kepada rakyat.
Cuba bayangkan, walaupun kepimpinan para pemimpin yang digelar kleptokrasi berakhir pada Mei,2018, akan tetapi dalam tempoh 4 tahun, rakyat masih menerima kesan.
Kepada rakyat negara ini, kita semua dapat membandingkan, antara tiga kerajaan atau kepemimpinan yang pernah memerintah, iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, dan tentunya kita semua mengetahui, kepemimpinan mana mempunyai kelebihan, terutama berkaitan ketelusan dan integriti, dan paling mustahak, kepemimpinan yang tidak menyebabkan ketirisan membabitkan dana awam.
Pada PRU-15, pilih lah dan beri peluang lah pada pemimpin berintegriti. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment