JIKA pemimpin Sabah masih tidak sedar pemimpin Semenanjung datang ke Sabah kental dengan misi pecah dan perintah, maka keadaan politik Sabah akan kembali seperti yang lalu-lalu, dipecah dan diperintah.
Pada Jumaat semasa bertemu aktivis maya di Kolombong, Inanam, Sabah, Datuk Najib Razak, secara terang-terangan mengunapakai pendekatan pecah dan perintah dengan menanam unsur perpercahan dikalangan pemimpin Sabah, apabila mempersoalkan, mengapa para pemimpin parti yang bergabung dalam GRS, mempromosikan gabungan tersebut berbanding parti yang diwakili.
Kononnya, kerana pemimpin Bersatu memperkasakan GRS, maka mantan Perdana Menteri ke-6 tersebut membuat kesimpulan, bahawa Bersatu parti lemah, atas sebab itu bersandar pada gabungan tersebut untuk membina kekuatan atau dengan kata lain, bersandar pada parti-parti dalam gabungan untuk kekal relevan.
Bukan sahaja pendapat penulis, akan tetapi rata-rata rakyat tahu, kuat atau lemahnya sesebuah parti diukur pada sokongan semasa pilihan raya.
Pada PRN-16 Sabah, Bersatu menang 11 daripada 17 (64.70%), manakala Umno menang 14 daripada 32 (43.75%). Pada PRN tersebut secara keseluruhan GRS menang 24 kerusi, BN 14.
Ada kebarangkalian Najib memandang sebelah mata pada GRS, sehinggakan tidak mengambil tahu pendekatan yang digunakan gabungan tersebut.
Berkemungkinan mantan Perdana Menteri tersebut menyamakan pendekatan parti Umno dalam Barisan Nasional (BN) yang ada parti dominan, sedangkan pendekatan GRS bukan seperti itu, gabungan berbagai parti tersebut mengunapakai acuan lokal dan formula tempatan, dan keutamaan semua pihak memperkuat gabungan sebagai tanda kekuatan.
Mungkin ahli parlimen Pekan tersebut, pura-pura lupa, bahawa Sabah mempunyai lebih 30 etnik dengan berbagai latar belakang yang mengendose GRS bersama BN Sabah pada PRN-16 Sabah.
Tersangat jelas pada PRN-16 tersebut, baik GRS mahupun BN tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendirian, melainkan perlu saling sokong, kerana itu lah aspirasi rakyat Sabah.
Najib perlu menerima hakikat, antara GRS dan BN Sabah, masing-masing mempunyai kekuatan di kawasan masing-masing. Kerana keadaan adalah demikian, maka semua pemimpin masing-masing menyedari keadaan sebenar, atas sebab itu kedua belah pihak saling berkerjasama, seperti mana dibuktikan menerusi hubungan dalam kerajaan negeri.
Politik Sabah amat berbeza, walaupun sejak tahun 1994-2018, Umno menerusi BN, nampak kuat, apabila mewakili sebahagian besar kerusi baik parlimen mahupun DUN.
Pemimpin seperti Najib perlu sedar, bahawa kekuatan Umno Sabah terletak pada pemimpin berasas etnik di kawasan masing-masing, tidak seperti di Semenanjung, etnik yang menguasai Umno adalah melayu.
Tersangat jelas, apabila pemimpin etnik tertentu, keluar daripada Umno, maka telah menyebabkan parti itu lemah, dan hilang banyak kawasan seperti mana berlaku pada PRU-14 dan PRN-16 Sabah.
Datuk Seri Najib perlu menerima hakikat, beliau turut berkempen di DUN Darau, menyokong calon BN yang juga mantan ahli parlimen Sepanggar, dan DUN Darau, adalah salah satu DUN dalam kawasan parlimen tersebut. Walaupun sebagai mantan ahli parlimen, akan tetapi tewas kepada calon Warisan yang juga mantan pemimpin Umno bagi kawasan parlimen tersebut. Jika Umno itu kuat, dan tidak bersandar pada etnik pemimpin, maka tidak sepatutnya Datuk Jumat idris kalah.
Para pemimpin Umno Semenanjung perlu menerima hakikat, Umno Sabah tidak sekuat dahulu, kerana ramai pemimpin etnik telah keluar daripada parti tersebut.
Para pemimpin GRS-BN Sabah, tersangat sedar, berhubung kekuatan masing-masing, dan kerana itu, saling bekerjasama. Jika tidak saling bekerjasama, maka akan mengundang padah, Atas sebab kerjasama kukuh antara pemimpin GRS-BN Sabah, menunjukkan kekuatan, maka pemimpin seperti Najib, gusar dengan keadan demikian, kerana sukar sudah melaksanakan pecah dan perintah.
No comments:
Post a Comment