Friday, July 01, 2022

HANYA DI SABAH

DI Semenanjung, pemimpin sesama parti pun bercakaran, saling menjatuhkan, akan tetapi berbeza di Sabah, apabila berlaku hubungan antara pemimpin rentas parti.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal II pada Jumaat, Ketua Menteri Sabah – Datuk Seri Hajiji Haji Noor (Pengerusi GRS), Timbalan Ketua Menteri- Datuk Bung Moktar Radin (Pengerusi BN Sabah) menyambut ketibaan Perdana Menteri ke Sabah untuk menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Sabah esok di ITTC, Penampang.

Sabah kemungkinan besar menjadi contoh, hubungan rentas parti yang dihasilkan menerusi pilihan raya, kerana itu lah kehendak rakyat. Berbeza dengan kerajaan Persekutuan hari ini, bukan atas mandat rakyat, akan tetapi kerjasama antara ahli parlimen.

Tidak pelik pada PRU-15, akan berlaku dua pendekatan, iaitu, di Semenanjung antara parti saling bertembung, sementara di Sabah saling berkerjasama.

Tidak dinafikan hubungan antara GRS-BN di peringkat negeri bukan sahaja kukuh akan tetapi terus diperkasakan. Apabila pada PRU-15, kerjasama diteruskan, maka menjadi “Full Cycle” kerjasama tersebut.

Kerjasama antara parti-parti di Sabah, sangat diperlukan rakyat, untuk memastikan kerjaaan yang stabil untuk meneruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

Para pemimpin dan rakyat Sabah, jangan sekali terpengaruh dengan kaedah pecah dan perintah dan dipecahkan, walaupun cara ini masih terus menjadi pilihan pemimpin tertentu daripada Semenanjung apabila melawat Sabah.

Penulis terbaca, update Datuk Seri Najib Razak sempena lawatan ke Sabah hari ini, yang membawa erti tersirat, mahukan tidak adanya hubungan rentas parti, kerana hanya parti yang diwakili sahaja boleh merealisasikan kemajuan dan pembangunan negeri.

Rakyat Sabah lebih arif dengan kehendak sendiri, tidak mahu lagi dipengaruhi dengan naratif daripada pemimpin di luar Sabah, kerana telah terbukti, lebih 50 tahun naratif yang sama digunapakai, al-hasilnya, Sabah masih negeri termiskin.

No comments:

Blog Archive