Friday, July 01, 2022

PASTI KAN TERUS MUDA UNTUK KEKAL RELEVAN DALAM UMNO

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda Umno Malaysia, memberi penanda aras, pemimpin yang menjangkau usia seperti Datuk Tajuddin Abdul Rahman, tidak lagi relevan dalam politik Umno, kerana selain tua juga sudah menjadi ahli politik diosaur.

Maksud tersirat ketua pemuda tersebut, mereka yang sudah menjangkau usia di atas 70 tahun, tidak relevan lagi, dan perlu berundur.

Tajuddin sebelum menjadi ahli parlimen Pasir Salak berpenggal-penggal, juga pernah menjadi ADUN, dalam perjalanan politik beliau yang kini mencecah 74 tahun. Berbanding Asyraf, walaupun didodoi dan dibantu dilantik sebagai senator untuk menjadi timbalan menteri, apabila bertanding pada PRU-14, kalah.

Kenyataan Ketua Pemuda Umno tersebut, perlu menjadi iktibar pada para pemimpin yang sudah memasuki alam veteran untuk kembali muda, jika tidak dapat mengawal ketuaan, walaupun masih disenangi pengundi kawasan masing-masing perlu memberi ruang pada pemimpin muda seperti Asyraf.

Datuk Tajuddin menjadi sasaran serangan para penyokong Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Najib Razak, apabila ahli parlimen Pasir Salak tersebut, mendedahkan, tindakan dua pemimpin tersebut mengetuai sokongan kepada Datuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 dan ke-9.

Perancangan Zahid dan Najib, tidak menjadi, apabila Anwar dan Pakatan Harapan (PH) menolak syarat yang diberikan dua pemimpin tersebut, untuk tidak meneruskan kes mahkamah terhadap mereka.

Kenyataan Asyraf bahawa mereka yang memasuki usia senja seperti Tajuddin sebagai ahli politik dinosaur, sebenarnya bertolak belakang dengan keadaan terkini, kerana Datuk Puad Zarkashi, baharu sahaja menyertai PRN Johor, dan kini dilantik sebagai Speaker DUN negeri Johor.

Ramai lagi yang tersindir, bukan sahaja di kalangan pemimpin Umno akan tetapi juga pemimpin parti lain, termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dan Presiden Pas Tok Guru Tan Sri Haji Hadi Awang dan para pemimpin Sarawak dan Sabah.

Sanggupnya Ketua Pemuda Umno tersebut menghina pemimpin sendiri, apabila tidak sepasukan lagi, akan mengundang persepsi bahawa parti itu mengamalkan habis manis sepah dibuang.

Jika benar lah ketua pemuda itu, berjuang demi visi parti untuk agama, bangsa dan tanah air, tidak akan mengelarkan pemimpin yang hanya sehari dua dikeluarkan daripada sistem dengan berbagai gelaran, kerana hanya bercakap benar.

Ketua Pemuda itu perlu melihat latar belakang parti, bahawa sayap pemuda parti itu pernah dipimpin pemimpin veteran suatu masa lalu, Allahyarham Datuk Syed Jaafar Albar @ singa Umno.

No comments:

Blog Archive