Kerana keseimbangan tersebut, maka kecenderungan rakyat juga seimbang.
Apabila seimbang, jika diterjemahkan dalam jumlah kerusi, tiada yang parti yang menonjol. Dalam bahasa demokrasinya, tiada parti yang dapat membentuk kerajaan secara persendirian, melainkan perlu sokongan parti-parti lain.
Parti Umno yang bersandarkan pada “feel good factor” atas beberapa kemenangan termasuk pada PRN Melaka dan Johor, sukar mengulangi pencapaian itu pada PRU-15, kerana mood pengundi amat berbeza, apa tah lagi, masalah yang sedang melanda parti itu, yang menunjukkan ketidak paduan.
Sementara Umno menunjukkan ketidak paduan, parti-parti lain pula dipandang dipenuhi pemimpin yang suka bertukar selera, seperti chameleons (sesumpah atau sumpah-sumpah). Dua faktor ini bakal menjadi penyebab, tiada parti menjadi pilihan.
Pihak yang mendesak PRU-15 diawalkan kononnya, keputusan pilihan raya tersebut akan mengwujudkan kestabilan politik, tidak akan tercapai, malah keadaan kemungkinan semakin bercelaru, seperti mana belaku, semasa peralihan Perdana Menteri ke-7 ke PM ke-8, sehinggakan menyebabkan penularan Covid-19 tidak terkawal antara Minggu ke-4 Februari hingga minggu ke-2 Mac, tahun 2020.
Penulis melihat, senario politik tanah air yang semakin meruncing, sukar untuk mengwujudkan kestabilan politik.
Tidak mudah pengwujudan kestabilan politik di peringkat Persekutuan, kerana perbalahan antara para pemimpin utama masih berterusan, dan sukar untuk mencapai titik temu.
Ada lah diharapkan, ketidak stabilan politik di Semenanjung tidak menular di Sabah dan Sarawak.
Di Sarawak mungkin agak sukar dijangkiti, kerana latar belakang politik negeri itu yang sentiasa stabil. Akan tetapi di Sabah, jangkitan boleh berlaku, kerana latar belakang politik negeri yang rentan dengan jangkitan.
Kestabilan politik Sarawak kerana menggunakan kemajuan dan pembangunan negeri sebagai landasan. Keadah ini, sedang digunapakai juga oleh kerajaan GRS-BN Sabah.
Berbeza dengan politik Semenanjung, yang berlandaskan pada kuasa, yang menyebabkan mereka terus bertelaga, dan tidak dapat dipastikan sampai bila.
Ada lah omongan kosong, selepas PRU-15, maka kestabilan politik di Semenanjung akan reda, kerana para pemain politik kekal sama, dan selepas itu, cara berpolitik diwarisi, demikian lah seterusnya dan seterusnya. Atas sebab itu, apabila seorang mantan wakil rakyat bertanyakan, apa kah di Malaysia ada seperti Presiden Indonesia- JOKOWI? Penulis menjawab, Malaysia perlu 50 tahun lagi, untuk mendapatkan pemimpin seperti presiden Indonesia tersebut. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment