Datuk Shafie Apdal terpaksa membuat kenytaan, parti Warisan akan bekerjasama dengan parti yang menang. Kenyataan tersebut membawa pengertian, bahawa parti itu, mengakui tidak mampu lagi bersaing dengan GRS dan BN.
Kemantapan hubungan GRS-BN, akan menyebabkan Warisan tidak berkeupayaan mempertahankan kawasan-kawasan parlimen yang dimenangi pada PRU-14.
Berasaskan senario politik semasa Sabah, parti itu, mungkin hanya menang di Parlimen Semporna, atas kapasiti Shafie secara peribadi bukannya atas faktor parti yang beliau terajui. Kawasan-kawasan lain termasuk parlimen Penampang, akan dirampas semula samada oleh GRS atau BN.
Pada PRU-14, selain parlimen Semporna, parlimen Kota Belud, Sepanggar, Penampang, Papar, Batu Sapi, Silam (Lahad Datu) dan Kalabakan.
Pada PRU-15 daripada 25 kawasan parlimen Sabah, 22 kawasan akan dimenangi GRS-BN.
Kemenangan GRS-BN akan terjamin, jika semua pihak akur dengan pendekatan Ketua Menteri Sabah- jangan gaduh-gaduh, jangan rebut-rebut kerusi, apa yang mustahak, semua pihak menang, sebagai wadah kekuatan politik Sabah di peringkat nasional.
Pada PRU-15, adalah dijangka, Sarawak dan Sabah akan menjadi penentu, parti mana yang membentuk kerajaan Persekutuan.
Sudah tiba masanya, parti-parti politik Sabah dan Sarawak, diambil kira, sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kedudukan tersebut tercapai, jika parti-parti dua wilayah itu sepakat dan bergerak sebagai satu pasukan.
No comments:
Post a Comment