Sunday, June 26, 2022

PEMECATAN TAJUDDIN ISYARAT HANYA LOYALIST ZAHID CALON PRU-15

MEREKA yang bukan “loyalist” Datuk Ahmad Zahid Hamidi setidak-tidaknya sudah diberi isyarat awal, bahawa kebarangkalian mereka tidak dicalonkan cukup tinggi.

Dalam Umno, hanya Presiden yang boleh memberi watikah untuk menjadi calon.

Pemecatan Tajuddin daripada MKT Umno, adalah isyarat pada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (DSIS), bahawa jawatan Perdana Menteri ke-10, tidak semestinya milik beliau, walaupun Umno menamakan beliau sebagai calon.

Tradisi Umno, Presiden adalah calon Perdana Menteri, jika parti menang.

DSIS dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada Ogos, 2021, bukan mengikut tradisi Umno, kerana Umno tidak menang, akan tetapi perlantikan tersebut atas sokongan parti-parti lain yang lebih banyak kerusi.

Menerusi langkah Zahid, DSIS bukan sahaja terperangkap akan tetapi dalam keadaan dilema, maju kena mundur kena, kerana tidak boleh berbuat apa-apa, kerana Umno telah memutuskan pemilihan parti hanya dilakukan 6 bulan selepas PRU-15.

Dalam situasi sekarang, tiada manafaat bagi DSIS jika tunduk pada desakan kumpulan Zahid untuk melaksanakan PRU-15 lebih awal, kerana beliau sedar akan masuk senerai Perdana Menteri tidak sampai sepenggal, seperti mana PM-7 dan PM-8.

Mereka yang dilihat penyokong DSIS, terutama kluster menteri, perlu akur, apabila parlimen dibubar, maka tarikh itu lah titik penamat bagi mereka sebagai ahli parlimen. Selain itu, desas desus di peringkat Dun juga, mana-mana ADUN dilhat berpihak pada Perdana Menteri, mempunyai kebarangkalian juga tidak dipilih semula sebagai calon.

Jika calon-calon Umno hanya loyalist Zahid, sudah tentu, jika Umno menang, maka mereka akan menyokong calon yang direstui Presiden, jika beliau tidak boleh dicalonkan kerana sangkut di mahkamah.

Bagi parti-parti lain pula, jika calon-calon Umno hanya loyalist Zahid, maka rakyat akan mempunyai persepsi, bahawa mereka-mereka itu akan jadi pendesak untuk membebaskan Zahid termsuk juga Datuk Najib Razak daripada semua pertuduhan. Dan jikapun didapati bersalah, maka akan menggerakan permohonan pengampunan daripada Agong.

Dalam situasi sekarang, baik DSIS mahupun Zahid berlumba dengan masa atau dikejar-kejar masa, sama-sama mahu menyelamatkan kedudukan masing-masing. Di lain pihak pula, jika parti-parti lain dapat memanfaatkan situasi ini, kebarangkalian akan berlaku “upset” pada PRU-15, walaupun awalnya dijangka, tiada parti yang menang majoriti mudah secara persendirian.

No comments:

Blog Archive