KEHADIRAN parti Bersatu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan lah isu, atas sebab Sabah akan buat cara Sabah- demikian menurut Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
Memang betul Bersatu-Sabah adalah parti nasional, akan tetapi di Sabah pendekatan berbeza, kerana menggunakan acuan lokal dan formula tempatan.
Bagi Bersatu yang menggunakan platform GRS adalah pendekatan keharmonian semua parti berlandaskan semua kaum, dan mengambil pendekatan perundingan, mengelak salah faham terutama dengan rakan kongsi kuasa Barisan Nasional.
Pendekatan GRS sangat jelas, jangan gaduh-gaduh, jangan rebut merebut kerusi, melainkan sebarang keputusan perlu lah menerusi perundingan, demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.
Semua pihak perlu mengambil iktibar sejarah lalu-lalu, menerusi gaduh-gaduh, rakyat Sabah berpecah, akhirnya, perpecahan tersebut menyebabkan kerajaan silih berganti, impaknya kemajuan Sabah dan rakyatnya terbantut, dan rakyat juga yang rugi.
Para pemimpin Sabah, jangan terikut-ikut dengan pendekatan parti nasional yang suka gaduh-gaduh, kerana kerana keadaan Semenanjung amat berbeza dengan Sabah. Di Semenanjung parti mana pun yang memerintah, tidak merugikan rakyat di Wilayah tersebut, kerana mereka sudah maju. Isu di antara pemimpin hanya kuasa, bukan isu kemajuan dan pembangunan.
Berbeza dengan Sabah, seperti pengalaman lalu-lalu setiap perubahan kerajaan lebih membawa kemudaratan. Sebagai contoh, hanya sebentar Parti Warisan mengambil alih kerajaan, pertumbuhan ekonomi Sabah daripada di atas 8 peratus setahun merudum sehingga negatif. Penyebabnya, kerajaan yang diterajui Shafie, tiada pengalaman mengurus negeri, sehinggakan penuh dengan try and error. Berbeza dengan kerajaan GRS, yang diterajui Hajiji, disokong juga oleh anggota kabinet berpengalaman mengurus negeri, atas sebab itu, pertumbuhan ekonomi menaik semula, apa tah lagi, kerajaan telah melancarkan visi SABAH MAJU JAYA.
Selagi kerjasama antara semua pihak khususnya antara GRS-BN, kukuh, tiada sebab Sabah tidak kembali pada kedudukan era tahun 70-an yang pernah menduduki pendapatan perkapita ke 3 dalam negara.
Sabah hanya perlu kestabilan politik yang berpanjangan, untuk membangun dan maju, kerana negeri ini, mempunyai segalanya, hanya perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang boleh menyokong pertumbuhan ekonomi.
Penulis yakin, menerusi pendekatan Hajiji, kestabilan politik akan terus wujud, dan membolehkan semua pihak dapat bekerja efektif tanpa sibuk mengurus hal-hal politik.
No comments:
Post a Comment