PERSETURAAN terselubung antara kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kumpulan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkisar pada PRU-15.
Kumpulan Zahid, mahukan PRU-15 disegerakan, tahun ini juga, kerana mendasari pertimbangan mereka pada “feel good factor” hasil keputusan PRN Melaka dan Johor.
Ada lah terbuka, bukan sorok-sorok, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman adalah salah seorang pemimpin yang bersetuju PRU-15 diadakan selepas tamat penggal. Dengan sendirinya pendirian tersebut bersetuju dengan Perdana Menteri yang juga berpandangan demikian.
Ismail Sabri walaupun hanya Naib Presiden parti, urutan ke-3 dalam heiraki parti, akan tetapi sebagai Perdana Menteri, perlu juga diberi penghormatan, dan diberi kebebasan memutuskan berkaitan bila PRU-15 diadakan, bukannya melalui desakkan/ancaman atau ultimatum.
Pertimbangan Perdana Menteri, adalah bersesuaian dengan perintah Agong dan Raja-Raja semasa dilantik ke jawatan Perdana Menteri pada Ogos, 2021, kerajaan yang ditubuhkan hendak lah mewakili semua, rentas parti, sesuai dengan titah DiRaja- Yang Menang Tidak Ambil Semua, Yang Kalah Tidak Hilang Semua. Juga kerajaan yang dibentuk perlu lah terlebih dahulu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ekoran pandemik Covid-19 menerusi kestabilan politik.
Oleh kerana titah agong dan raja-raja, maka telah terwujud, julung kalinya, seorang Perdana Menteri dan kerajaan yang diketuai mendapat sokongan pembangkang. Menerusi sokongan tersebut, maka tidak timbul lagi kerajaan tumbang, kerana kehilangan sokongan, maka dengan sendirinya kerajaan boleh bekerja secara efektif melaksanakan sebarang rancangan atau strategi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.
Akan tetapi, dalam keadaan kerajaan yang kukuh, politik yang stabil, Perdana Menteri pula berhadapan dengan parti beliau sendiri, yang tidak lain tidak bukan datangnya daripada pemimpin utama yang disertai oleh mantan Presiden, bertindak mendesak diadakan PRU-15 sesegera mungkin. Oleh kerana desakan tersebut, semacam, masuk telinga kiri keluar telinga kanan, maka Presiden parti memecat salah seorang pendokong Perdana Menteri. Tindakan tersebut boleh lah digambarkan, PUKUL ANAK SINDIR MENANTU!!!.
Tindakan memecat Tajuddin, pemimpin pertama memberi reaksi adalah Tan Sri Annuar Musa, salah seorang jemaah menteri kabinet Datuk Seri Ismail Sabri, bahawa tindakan tersebut, luarbiasa, kerana tidak pernah berlaku, termasuk era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.
Menerusi gerak geri kumpulan Zahid, kelibat kumpulan yang setia pada Datuk Seri Najib Razak yang menjadi punca Umno/BN tumbang pada PRU-14, menguasai semula Umno.
Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno semasa, UMNO/BN tumbang.
Nampaknya kini, Umno dikuasai kumpulan yang telah menyebabkan Umno kehilangan kuasa.
Terserah pada pengundi nanti, apa kah bakal menyokong kepimpinan ini untuk kembali berkuasa? Atau kah tindakan-tindakan ini akan menjerumuskan parti itu ke lembah kekalahan sekali lagi? Sama-Sama kita nantikan pada PRU-15.
No comments:
Post a Comment