Jika harga barang yang naik adalah barangan yang boleh ditangguhkan pembelian, maka bukan lah isu besar, akan tetapi harga barangan yang perlu dibeli segera yang naik yang menjadi isu.
Jika mereka yang mempunyai rutin membeli barang keperluan harian, mendapati tiada satu barangpun yang tidak naik harga, termasuk garam, akan tetapi negara bagaikan nak runtuh, hanya kerana harga ayam!!!.
Ayam menjadi soroton, kerana menjadi sumber protein termurah berbanding makanan laut dan daging haiwan lain.
Apabila harga atap ayam dirancang dimansuhkan bermula 1 Julai, bukan sedikit menunding jari pada kerajaan, dan mungkin kerana reaksi bagaikan tsunami, akhirnya kerajaan membuat pusingan U, tidak meneruskan rancangan tersebut. Pun demikian, tidak pasti, apa kah tambahan RM100 dan RM50 bagi bayaran tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan atau sebaliknya.
Isu harga ayam sebenarnya terlebih siar, terlebih reaksi, sedangkan barangan lain juga tidak kurang pentingnya, seperti kekurangan paket 1kg minyak masak di pasaran, terutama di Sabah. Ada yang nakal, membuat andaian, kekurangan minyak tersebut disebabkan dibotolkan, untuk tujuan pengambilan keuntungan. Jika diteliti, ada juga kebenaran dakwaan tersebut, kerana dipihak kerajaan, tidakpun mengurangkan volume yang diberi subsidi.
Di kawasan penulis, sejak awal tahun, minyak paket tersebut tidak lagi dijual di kedai-kedai runcit atau pasar raya, bukan itu sahaja, jenis minyak tulenpun sukar didapati, melainkan rak-rak minyak hanya mempamerkan minyak masak sebatian. Maka, kerana keperluan tekak, pengguna terpaksa membeli minyak mahal, dan sedikit sebanyak impaknya memberi kesan pada perbelanjaan harian.
Ada pemimpin yang begitu bersungguh-sungguh untuk kembali berkuasa, selepas kerajaan yang diterajui tumbang pada PRU-14, menyalahkan pemimpin tertentu, termasuk para menteri, kononnya punca harga barang naik, kerana mereka adalah menteri cap ayam. Pemimpin ini tidak berpijak pada bumi nyata, berkaitan punca mendadak kenaikkan harga barang. Kalau lah pemimpin tersebut berfikir sejenak, dan menggunakan fikiran, menerima kenyataan sebenar, tidak akan berhujah atau membuat dakwaan sedemikian. Oleh kerana niat pemimpin tersebut dipenuhi dengan penipuan, mengelirukan rakyat, maka membuat hujah tidak berasaskan keadaan sebenar.
Semua kita perlu mengakui, kita tidak menyediakan buffer atau penyangga untuk berhadapan 3 fenomena bagi jawapan pada tajuk tulisan ini. Dan sudah tentunya, bukan perbuatan kerajaan yang tumbang pada Februari, 2020 atau Perdana Menteri yang terpaksa meletakkan jawatan pada Ogos,2021, akan tetapi rentetan daripada kegagalan era kerajaan Perdana Menteri ke-3,ke-4, ke-5 dan ke-6. Yang paling parah menyumbang kepada kemerosotan stok makanan bermula pada era PM-4, apabila negara melupakan sktor pertanian ke sektor industri. Pertimbangannya, kerana lebih murah mengimport berbanding menanam sendiri.
Dalam keadaan sekarang, bagi mengekang kenaikkan harga barangan keperluan harian, jika berkaitan pertanian, maka tanam banyak-banyak, samada untuk keperluan langsung atau bahan imput dedak makanan ayam. Jika pendapat pemimpin tertentu, kononnya apabila Barisan Nasional mengambil alih kerajaan maka dengan sendirinya harga barang turun, bukan sahaja mengelirukan akan tetapi memperbodohkan rakyat. Dakwaan sedemikian, seperti juga hujah Datuk Seri Anwar sedikit masa lalu, apabila PKR dan sekutunya menang hari ini, esok harga minyak petrol diturunkan.
Dalam keadaan sekarang, walaupun bayaran tunai boleh menaikkan inflasi, kerajaan tiada pilihan, jika golongan B40 tidak terkesan dengan teruk, maka kerajaan perlu memberi bantuan tunai bulanan, sekurangnya RM500 bagi setiap Ketua isi Rumah, sehingga keadaan benar-benar stabil. Bantuan seumpama ini, agar anak-anak KIR di bawah lima tahun (BALITA) tidak terkesan pertumbuhan dan perkembangan otak mereka, kerana tidak mendapat makanan cukup dan bergizi. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment